DDJK & MASIDI : KE2 BERSILAT KATA



OLEH:l ISMAILY BUNGSU
Monday September 05/2016

KITA ini asalnya Adam dan Hawa bukan pokok dan bukan juga beruk sepertinya teori Darwin.

Lalu Adam dan Hawa beranak dan anak-anak itulah berpindah ke barat timur selatan utara dan kemudian menghasilkan berbangsa-bangsa dan itu dijelaskan dalam al-Quran.

Kemudian kawasan kita ini termasuk Filifina, Brunei Indonesia, Tanah Melayu ( Asia tenggara) dulunya dinamakan New Stone Age atau ahli sejarah mengatakan sebagai Neotilithic dan ketika itu kira2 antara tahun 3000-2000 hingga 300 tahun sebelum masehi.

Orang Melayu itu berhIjrah dari Benua Asia, terutama Yunnan dan mereka datang ke Tanah Melayu dan mereka ini juga yang ada datang ke Sumatera termasuk Kalimantan.

Yang ke Semananjung itu dinamakan Melayu Purba mendiami nusantara dan mereka itu juga disebut PROTO MALAY dan mereka ini kawin dengan orang

Semang/Pangan, Sakai/Senoi termasuk orang2 Toala di Sulawesi.
Itu sedikit sejarahnya.

Hakikat jelas di Asia tenggara ini dikatakan kepulauan Melayu yang ikut bahasanya semua ada pertalian dan ini kena kaji sejarah bahasanya yang ada persamaan kalangan semua bangsa di kepulauan Melayu sebab bila mengkaji bangsa, maka kena kaji kaitannya dengan bahasa.

Seluruh Asia Tenggara ini membentuk puak atau suku masing-masing

 dan antaranya Batak, Minangkabau, Acheh, Rawa, Mendahiling, Siak, Jambi, Palembang, Berunai, Lanun, Bugis, Boyan, Riau, Tagalog, Bisaya, Boyan, Melayu di tanah Melayu, Petani, Samsam dan banyak lagi.

Perlu di jelaskan disebut bangsa itu ianya lebih besar atau juga dikatakan RAS maknanya panggilan untuk keseluruhan, sedang sebutan batak, bugis, dusun, brunei itu hanyalah suku dan di bawah suku ada pelbagai sebutan lagi.

Kesan kita ini semuanya memang asal kepulauan Melayu makanya dikatakan RUMPUN melayu sebab dalam rumpun itulah wujudnya pelbagai suku.

Kalau DDJK mengatakan kita ini bangsa Sabah memang benar sebut disebut bangsa Sabah makna merangkumi kesemuanya dan disebutnya suku masing-masing itu juga benar dan kelihatannya dia usaha memperbetulkan apa yang dikatakan oleh Masidi.

Sementara Masidi pula mengatakan semua murut, dusun dan sebagainya itu Melayu adalah salah dan saya hanya bersetuju kenyataan Masidi mengatakan rumpun Melayu.

Nah, kedua-dua politikus itu jelas usaha bersilat kata demi kepentingan politik dan di situ keduanya berusaha memutar hakikat dari segi akademiknya.
Baiknya saya huraikan secara rengkas dan hakikat sebenarnya hanya bertapak di tanah Melayu kira-kira abad 12 kesan penemuan batu bersurat di Trengganu dan berkembang abad ke-15 kesan Cheng Ho dan Parameswara.

Makna Melayu lebih awal ada di Tanah Melayu dan bukan Islam agamanya dan kemudian kesan raja2 Melayu beragama Islam dan kesan abad ke15 itu dibentuk kerajaan Malaya dan perlembagaannya terkait yang membawa makna Melayu itu Islam agama dan amal adat melayu.

Jika kita merujuk dari segi akademik makna Melayu itu tidak islam agamanya sebalik dari segi perlembagaan definasinya bermakna beragama Islam.

Di situ kita lihat pertembungan pendapat dan kesan UMNO itu tercatat perkataan Melayu, makanya Masidi mengatakan demikian dan bermatian dengan hujahnya dan di situ kita lihat masalahnya sebenarnya.

Baiklah, cuba kita fikirkan kala orang kadazan yang bukan islam mengatakan begini " PANTANG SAYA MASUK MELAYU" dan tentunya kita terperanjat atau apa saja yang kita fikirkan?

Kenyataan itu tidak salah dan benar sebab dalam perlembagaan fasal 160 itu sudah menjelaskan Melayu itu Islam agamanya dan kalau dia bukan Islam, maka kenyataan itu benar dan tak boleh disalahkan kala tidak ada paksa untuk sesiapa masuk islam. Benar?

Maknanya hakikat sebenar dia tahu dia berasal dari kepulauan Melayu makna rumpun Melayu, cuma kesan politik dan kemudian kesan perlembagaan itulah yang menyebabkan ramai tidak senang ditambah dengan kebencian pemimpin UMNO/Malaya yang memiskinkan Sabah dan kebencian itu bukan kerana bangsa Melayu tetapi olah bangsa Melayu yang menjadi pemimpin itu sendiri.

Barangkali perlu juga saya jelaskan di sini bahawa saya hakikat sebenarnya tidak pernah bangga bila dikaitkan soal bangsa sebab banyak bangsa di dunia ini hilang dan lagi kalau dirujuk misalnya bapa saya Dusun/Brunei dan Ibu ada iban/bisaya, lalu apa saja bangsa saya ini? Nah, itu sebab saya katakan bangsa bakal hilang dan saya tidak pernah bangga.

Semula kembali merujuk kenyataan Masidi yang mengatakan semua bangsa Melayu itu kena betulkan bahawa Murut tetap murut dan Dusun tetap Dusun sebab suku tidak akan berubah dan bangsa juga tidak akan berubah, cuma di sini kita kena faham maksud bangsa, maksud suku dan maksud rumpun itu.

Mahu bukti? katakan orang India hitam asal india tetapi beragama islam dan amal adat Melayu dan tahu berbahasa Melayu, maka ikut tafsiran perlembagaan boleh dikatakan Melayu. Nah, inilah definasi gila harus dibetulkan.

Katanya Masidi kita ini rumpun Melayu itu saya setuju tetapi bukan bangsa Melayu kecuali kalau maksud bangsa itu betul-betul difahami termasuk suku, etnik, kaum dan sebagainya.

adi, pandangan kedua tokoh itu sebenarnya hanyalah bersilat kata dan tidak menjurus kepada pandangan dari segi akademik dan perlembagaan Malaysia fasal 160 itu menjadi rujukan untuk bersilat kata bahawa mereka layak menjadi ahli UMNO meski bukan Islam. Faham maksud saya?

Barangkali bolehlah kita bincangkan dan saya sekadar memberikan pandangan berdasarkan apa yang saya amati selama ini.
Selamat Hari Merdeka!
merdeka
merdeka