RAKYAT SABAH TERSEKSA KERANA DIBEBANI OLEH PENDATANG ASING


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Jumaat Sept. 16/2016

SABAHAN  seluruh rakyat Malaysia sudah tahu bagaimana BN pimpinan Najib memimpin negara.
Sabah yang terkaya jadi termiskin dan pendidikan asas paling tersorot dan dibebani dengan pendatang asing yang bermaharajalela dan kemudian kasus penculikan setiap bulan tanpa henti-henti.
Rakyat Sabah terseksa dan hidup tidak aman bagai dalam neraka meski BN dendangkan yang Malaysia terkawal dan aman.
Kesan mahu terkuasa/kekalkan kuasa, BN terus melakukan apa saja untuk banyakkan pengundi BN dan ini cukup membahayakan dan kesani Sabahan bakal terusir di negeri sendiri.
Sabah yang kaya kesan sumber hasil menjadi sebuah negeri yang mundur bukan saja banyak sangat rumah di sekitar pekan di Sabah masih ada yang tidak memiliki kemudahan seperti air paip, api letrik dan jalan yang berlumpur berdebu.
Kemiskinan rakyat Sabah semakin menjerat leher mereka kesan harga getah menjunam dan sawit jatuh serta pengangguran di sana sini/lulusan universiti tidak ada pekerjaan dan yang berkerja pula kena berhentikan kesan banyak syarikat golong tikar.
Perairan di pantai timur cukup bahaya dan culik menjadi-jadi dan itu menyebabkan para nelayan kita di sana tidak keluar kesan ketakutan dan ini lebih menambah susahnya hidup mereka.
Lebih parah harga barang naik dan GST lagi menjerat rakyat Sabah dan hidup Sabahan bak bernafas dalam lumpur.
Nah, kesan apa yang saya jelaskan, maka saya mohon rakyat Sabah bangun dan melawan pengkhianat yang banyak sangat menyusahkan rakyat dan caranya di PRU14, haramkan jari tangan kita mengundi BN yang memang membinasakan Sabah/Malaysian khasnya.