KALAH PRU-14 TIDAK MENGGUSARKAN


( sebalik ke Sungai Buloh mengetarkan)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday September 05/2016

SEBENARnya BN/UMNO tidak gusar sangat kala kalah di PRU14 akan datang sebab itu memang sudah mereka rasakan kesan PRU13 BN hanya dapat 47% sedang PR dapat 52% dan kesan kelebihan 33 kerusi MP maka bernasib baiklah Najib terus duduki kerusi PM di Putrajaya.

Yang paling menakutkan PM dan menteri-menteri lain dan semua kerajaan negeri bawah BN ialah bila BN tersungkur, mereka yang rasuah akan diadili secara adil dan di situ akan kita nampak semua tong tahi mereka dan ketika itu akan kita lihat di Sungai Buloh akan ada kabinet menteri Najib sendiri PMnya.

Dan ketika itu kita juga akan melihat kemungkinan ada menteri atau yang terkait dengan pembunuhan atau subahat kasus Altantuya akan dipenjara seumur hidup dan mungkin saja ada yang digantung sampai mati.

Sesungguhnya inilah yang paling mereka takuti. Makanya pemimpin BN akan akan terus mencari akal agar PRU14 terus mereka menangi meskipun dengan cara menipu dan jika kalah bermakna mati.

Kita lihatlah dan rakyat semua kena bersatu hati demi selamatkan negara dan BN kena lawan hingga rebah tersungkur.