UMNO MEMANG TERBAIK DALAM DUNIA SEBAB PARA PEMIMPINNYA JADI JUTAWAN SEGERA





OLEH: NURLIYANA ABDULLAH

Selasa September 06/2016

MALAYSIA ini suka sangat sesuatu yang terpanjang, terbaik, terlebar, terbesar, tertinggi dalam dunia. Memang semuanya terbaik dan meski tidak terbaik maka semuanya dihebohkan di TV dan Utusan meskipun haprak.

Begitulah yang kita lihat sekarang ini tetapi hakikat jelas jauh ditinggalkan oleh Jepun dan korea sendiri dulu paling miskin dan bawah Malaysia sekarang Korea lagi jauh meninggalkan Malaysia dari segi kemajuan.

Singapura dulu sama, sekarang Singapura jauh ke depan meski di sana tidak ada hasil sumberpun dan Singapura beli air murah di Johor dan kemudian proses jual ke Malaysia lagi berlipat ganda harga dan di situ kebijaksanaan kepimpinan Singapura menggunakan otak kelas pertama.

Malaysia sekarang ini mahu ditinggalkan oleh Indonesia yang penduduknya dekat 300 juta, 10 kali ganda ramai banding Malaysia dan Vietnam juga pernah kalahkan Malaysia ketika tanding bola sepak dan dibanding dengan ekonomi Mynmar kelihatanya hampir sama dan presiden Philifina berani melawan PBB siap keluar dan itulah kehebatannya negara di sekeliling kita sekarang ini.

Apanya yang terbaik di Malaysia ini? Memang Malaysia ini amat terkenal sekarang. Terkenal seluruh dunia dan kalau dulu terkenal kesan orangnya dikata tinggal di atas pokok dengan hanya berpakaian cawat dan beraknya di bawah kolong rumah dan orientalis barat seperti Francis Light, Raffle dan banyak lagi mengatakan orang Malaysia suka hiburan, suka main gitar dan suka buang masa serta pemalas.

Sekarang dengan adanya UMNO kata PM menjadikan semuanya terbaik dan terhandal terbilang terpanjang, terlebar, tertinggi dan kononya tidak TEMBIRANG.

Memang hebat ini Malaysia dan Sabah yang kaya sumber alam memang rakyatnya 3 juta semuanya kaya dan ramai orang asing datang sebab demi/untuk penuhi visi Mahathir mencapai umat 70 juta.

Memang hebat UMNO bawah pimpinan Najib bukan saja di Asia Tenggara, malah terhebat terkenal seluruh dunia termasuk terkenal di kerajaan Ayah Pin yang pimpin kerajaan langit.

Raja Arab yang dalam kubur juga tahu dan bangun boleh bercakap dengan Zahid Hamidi yang RM2.6 bilion itu memang derma Raja Arab yang setahun sudah mati. Setelah dijelaskan Raja Arab mati kembali. hebat.

Memang hebat orang mati boleh Malaysia bangunkan untuk jadi saksi menyatakan sah derma dari mereka dan tidak ada keajaiban semacam itu dilakukan oleh kerajaan-kerajaan  dalam dunia selain Malaysia yang memang hebat terbilang islam hadhari, negara islam contoh judi di sana sini.

Memang hebat dan termasuk pemimpinnya perampok nombor satu dan rasuah nombor satu dalam dunia dan memang bijak kata seorang PM Malaysia.

Kemudian diakui oleh menteri Kewangan Malaysia, disahkan oleh pengerusi BN Malaysia dan disaksikan oleh penasihat 1MDB dan kemudian dibenarkan oleh ketua bahagian UMNO Pekan. Yang lainpun angguk-angguk macam lembu di kondo Sharizat lesap 250 juta.

Siapa saja yang menjawat jawatan-jawatan yang saya sebutkan itu dan rupanya beruk, kera, urang utan, monyet, ular dan segala haiwan tahu sangat dan ketawa terbahak-bahak dalam hutan Sipilok dan terkencing terberak di jalanan.
Ini kalilah!