PM DAN PEMIMPIN UMNO PATANG DITEGUR RAMAI JADI MANGSA PEMECATAN

LALUANYA KAPAL MENYESATKAN
MAKANYA TERPAKSA DITINGGALKAN



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Friday Sept 09/2016

MEMANG ketika mulanya berjuang, UMNO itu caranya dilaksanakan diakui menuju ke sasaran sebenar dan kalau adapun sesatnya boleh saja ditegur betulkan.

Tetapi semakin sehari semakin jauh tersasar dan sang pemimpinnya mula lupa diri dan ditegur nasihati tidak lagi mereka peduli dan kuasa yang rakyat beri disalahguna hingga kehidupan rakyat menjadi susah dana berbilion lesap sedang hutang negara membengkak.

Kesan ditegur tidak dipeduli oleh seorang PM yang maha berkuasa, malah sebaliknya yang menegur dipecat dan digantung keahlian, maka pecat dan penggantungan itu seolah tangan kaki diikat, maka jalan terbaik meski pahit terpaksa ditinggalkan kala pemimpin yang ada tidak boleh lagi diperbaiki betulkan.

Kenyataan seorang menteri yang mengatakan DS Shafie Apdal pernah berkata akan terus setia kepada UMNO sebalik kata-kata itu tidak menjadi merupakan tanggapan yang salah dan sengaja diputar belit seolah DS Shafie pembelot.

" Asalnya kita diajak ke syurga dan itu kita sokong dan akhirnya ketahuan kita diajak ke neraka, apakah kita akan akur dan sama ikut ke neraka?" Tanya DS Shafie Apdal dan kesimpulannya hanya yang termakan dedak sahaja mudah dijadikan lembu mengangguk dan membuta tuli.

Siapa saja yang dimaksudkan sanggup menjadi lembu tak berani membantah? itu DS Shafie pulangkan kembali kepada rakyat untuk mentafsirnya kala rakyat cukup faham dan mengerti permainan pemimpin yang membodohkan rakyat.