ORANG KITA TERSIHIR KERANA SUSAH HIDUP



OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Monday September 05/2016

BILA getah turun harga dan demikian juga sawit, mereka mengeluh dan mula mengatakan susah hidup.

Ditambah dengan GST itu lagi parah dan menjadikan hidup mereka kian susah dan untuk biayai anak-anak ke sekolah terasakan susah sangat.

Barang-barang mahal harga dan kos hidup kian menghambat hidup orang kampung dan siapa saja yang diharapkan selain anak-anak yang berkerja.

Bila anak-anak menjelaskan yang PM bantai dana
1MDB, maka mereka katakan itu fitnah dan bila kita katakan tanah-tanah di Sabah dimiliki oleh orang asing, lalu mereka bijak mengatakan yang itu memang kuasa mereka sambil sinis mereka katakan "biarlah asal aman"

Kekadang untuk menjelaskan semua perkara kita pula jadi hentaman mereka dikata cemburu kejayaan yang dilaksanakan BN dan terus memuji konon BN baik kasih Br1M dan tangki biru serta rumah PPRT.

Kita katakan BR1M duit pinjam dari KWSP, mereka katakan itu fitnah dan kita katakan negara berhutang 900 bilion, juga mereka tidak percaya dan ditambah dengan 1MDB diselewengkan itu katanya Amerika suka campur tangan dan cemburu kejayaan Malaysia bawah pimpinan Najib.

Kita kekadang jadi bosan dan muak memberikan pandangan sebab kita pula menjadi sasaran dan inilah yang dikatakan orang kesan termakan dedak atau barangkali tersihir kesan ilmu isterinya MO1 yang memang pandai memutar alam kesan ada guna-guna.

PRU14 ini kalau masih juga mengundi BN, maka terserahlah dan tugas kita menjelaskan dan kalau masih juga otaknya di simpan di kepala lutut, maka sila sajalah, yang penting saya sudah menjelaskan berulangkali dan jangan pula nanti kita yang disalahkan kesan dikatakan tak menjelaskan.