ETIKA BERCAKAP/BERMESYUARAT


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Sunday Sept. 18/2016

MESYUARAT itu satu ruang membincangkan apa saja masalah pejabat termasuk sesuatu yang dirancang atau boleh saja dikatakan untuk pengerusi menyatakan sesuatu yang boleh dianggap pekeliling alias makluman.

Biasanya setiap mesyuarat ada agenda tertentu seperti penerangan pengerusi, mengesahkan minit mesyuarat lalu, perkara-perkara berbangkit dan hal-hal lain. Biasanya itulah agenda mesyuarat.

Pengerusi kena faham dan etika mesyuarat kena ikut agenda dan jangan sesekali terkeluar dari perkara-perkara berbangkit yang dicatatkan dalam agenda kecuali untuk kuatkan hujah boleh diperkatakan sebagai contoh.

Hal-hal lain yang tidak berkaitan dengan agenda boleh disentuh di agenda HAL-HAL LAIN tetapi hendaklah yang menyentuh tujuan mesyuarat bukan hal peribadi.

Saya perhatikan selalu ahli mesyuarat tidak tahu etika bermesyuarat dan akhirnya mesyuarat yang sepatut sejam menjadi 2 jam kesan pengerusi tidak bijak atau kurang tahu etika mempengerusikan mesyuarat.

Ditambah dengan ahli yang "kelabu asap" berlagak bijak tetapi sebaliknya kesan yang tidak berkaitan dibincang begitu lama sedang yang lebih penting tidak dibahas dan inilah antara ketidaktahuan yang berkenaan cara kendalikan mesyuarat atau sikap-sikap ahli mesyuarat yang mengada-ngada.

Paling buruk perangai ada ahli mesyuarat, kala seseorang berhujah, mereka di belakang bersembang hal-hal yang tidak ada kaitan dan suara--suara mereka itu mengganggu keadaan dan yang bercakap tidak dapat menumpu perhatian apa yang diutarakan dan orang sedemikian maknanya KURANG ADAB alias boleh dikatakan tidak beradat atau tidak tahu adat atau mungkin pura2 tidak tahu segalanya.

Untuk kita menjadi beradat dan tahu adat atau mahu orang lain hormati kita, maka bila mesyuarat sedang berjalan kita kena kena diam dan dengar tumpu perhatian seseorang yang sedang bercakap itu dan jangan menyampuk sebelum seseorang itu menghabiskan hujahnya dan yang berhak yang berhujah STOP hanyalah pengerusi dan bukan ahli2 lain.