ROLAND CHIA SAMPAIKAN BANTUAN BATANG PAIP KEPADA PENDUDUK KG MINITOD INANAM


OLEH:- JOSEPH P ANDAU (KB)
Sunday Sept. 25/2016

INANAM:-  Mangsa kebakaran Kampung Minitod  di kawasan DUN Inanam mendapat bantuan berupa hos (Batang Paip Plastik) untuk mendapatkan bekalan air tadahan bagi menggantikan hos yang musnah akibat trajedi kebakaran.

Wakil Rakyat kawasan Inanam Roland Chia telah menyampaikan bantuan  batang paip tersebut kepada penduduk berkenaan yang didermakan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Dengan adanya batang paip baru  yang disumbangkan oleh NGO itu para penduduk kampung berkenaan dengan mudah mendapat bekalan air dari tadahan itu.

Penduduk Kampung  Minitod mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Inanam Roland Chia dan NGO tersebut kerana prihatin terhadap  masalah penduduk kampung berkenaan dan seterusya menyumbangkan beberapa gulung batang paip tersebut.


No comments:

Post a Comment