PEMIMPIN BERJIWAT RAKYAT RAHIMAH MAJID LAWAT PESAKIT DI HOSPITAL RATU ELIZABETH

OLEH: JOSEPH P  ANDAU (KOTA BELUD)
Wednesday Sept. 21/2016
KUDAT:- Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyat  (PKR)  Kudat  merangkap EXCO Pusat Wanita PKR Puan Rahimah Majid berkata sebagai insan yang diberikan kesihatan oleh Allah kita tidak pernah lalai untuk menziarahi orang yang sedang terlantar sakit itu juga merupakan satu ibadah dan amal jariah.
Dalam pada itu atas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin walaupun di pihak parti pembangkang Rahimah telah melawat anak kepada  rakan seperjuangan Ismail bin Ahmad Dussian 35 kini telah dimasukan ke wad   Hospital Ratu Elizabeth kerana lumpuh sejak 6 tahun lalu.
‘Katanya doctor telah menasihatkan untuk melakukan pembedahan  memotong kakinya dan kini Ismail bergantung dengan morfin  untuk menahan kesakaitan yang dialaminya.
“Saya kagum dengan anak muda ini kerana semangatnya yang tinggi dan positif bahawa Insya Allah akan sembuh.
Dengan itu saya  memohon  rakan-rakan mendoakan agar beliau segera  sembuh juga saya merayu sumbangan daripada rakan-rakan  sebanyak RM950 untuk membelikan beliau kerusi roda.” Katanya.
Rahimah berkata semua sumbangan boleh dimasukan  ke Maybank 114085048909 Rahimah Majid. Mohon WA kepada saya di nombor 0198817199 jika anda sudi menderma.
“Dengan ini saya bagi pihak keluarga Ismail mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut memberikan sumbangan itu somiga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda” Jelas Rahimah..


No comments:

Post a Comment