TAK BANTAH KALA JADI MENTERI?


( Tak berkuasa baru suarakan?)

OLEH:ISMAILY BUNGSU
Monday September 05/2016

 
RAMAI sangat yang bertanya kenapa masa DS Shafie Apdal tidak membantah soal GST, hutang berbilion dan sebagainya masa duduki kerusi menteri dan kenapa sesudah tinggalkan kabinet baru ia perkatakan.

Sila maklum bahawa termasuk kakitangan yang duduki kerusi perkhidmatan Awam kena akur undang-undang atau peraturan yang dikenakan dan pegawai perkhidmatan awam kena akur Perintah Am dan lain-lain peraturan/pekeliling.

Sebagai menteri juga sama ketika angkat sumpah menteri ada beberapa syarat peraturan kena akur dan tidak boleh dilanggar dan itulah yang menjadi sumpah.

Sistem kabinet kita ini diikut cara barat dan jika tak setuju keputusan kabinet dan bising di luar, kena berhenti atau letak jawatan sebab memang begitulah peraturannya.

Umumnya apa saja keputusan kabinet, itu makna keputusan bersama dan yang tidak bersetuju

TERPAKSA bersetuju dan sama mempertahankan di luar kabinet dan itulah peraturannya kabinet.

Soal GST dan lain2 memang sudah disuarakan dalam kabinet tetapi majoriti setuju kesan ramai melembu, maka DS Shafie Apdal kena akur suara ramai dan tidak boleh membantah sebab sistem kabinet telah mensyaratkan demikian.

Jika sistem itu dilanggar sepertinya DS Shafie Apdal suarakan hal 1MDB di luar kabinet, maka kesannya PM pengerusi kabinet berhak memecat dan kemudian menggantung keahlian DS Shaife Apdal parti dan kesannya itulah yang kita sedia maklum.

Jadi, kenyataan DS Shafie Apdal dikatakan tidak menyuarakan kepentingan rakyat itu tidak benar dan akhirnya DS Shafie Apdal secara berani dan tidak khuatir kesannya, maka itulah yang terjadi dan dia sendiri tidak pernah kesal kesan tindakannya itu dan rakyat harus menghargai dan tidak ramai individu yang duduki kerusi menteri berani melakukan apa yang DS Shafie Apdal lakukan.

Tahniah, meski tersingkir ia tak pernah menyesal sebab bukan jawatan yang ia kejar sebalik kepentingan rakyat dan terserah sama rakyat memikir dan menilainya.