SABAH DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN 1994 HINGGA KEHARI INI PINGAT KEBESARAN NEGERI TIADA NILAI


OLEH: ISMAILY BUNGSY
Wednesday Sept. 28/2016

KETIKA saya berkhidmat dalam kerajaan dan duduki kerusi no satu dalam bidang kebudayaan, saya menolak pemberian sebarang pingkat.

Ada 3 pingat saya tolak sebab ketika itu kena perintah isi borang/isi borang bermakna saya meminta. Itu saya tolak kecuali dua anugerah satu dari mantan ketua Menteri menyentuh tokoh kesenian dan satu anugerah cemerlang/itu saya terima.

Memang benar ramai kalangan kita berkejar-kejaran untuk mendapatkan pingat dan bangga menerimanya dari tangan TYT Sabah dan merekapun berusaha mengampu, bodek dan ada yang menangis depan mantan TYT untuk mendapatkan title Datuk dan kelihatannya orang semacam itu GILAKAN title Datuk, lalu kala dapat title dipanggil datuk dadanya ke depan sombong bukan main. hebat kamu otak kosong!

Paling saya takut bertitle datuk kelak ada yang minta derma, saya derma RM5 kesan saya orang miskin dan itu tentu akan dikatakan DATUK LOKEK sebab menderma hanya RM5 dan itu selalu saya katakan saya tolak title datuk dan kalau mahu kasih, berikan saja saya area kayu balak dan itu saya berlari dan kata setuju.

Nah, sekarang ini memang ramai sangat yang ada title datuk. Kekadang yang usia muda begitu mudah dapat title datuk yang entah apa saja sumbangan mereka terhadap negara bangsa.

Sepatut TYT atau DYMM kena teliti bahawa yang dapat title itu meski yang benar-benar berjasa dan elak yang membeli title dan ini memang banyak saya dengar dan kesannya perompak, penyamun, kaki rasuah, perogol juga ada yang dapat title datuk. Ini memalukan sekali yang menjadikan title itu cukup rendah harganya dan pernah datuk harris kembalikan pingat.

Biasanya yang mendapat anugerah itu kalangan yang baik meski tidak terbaik. Baik akal budi, baik tingkah sopan santun, baik kala bercakap dan baik kala menulis dan ada bakti kepada masyarakat dan ini antara yang harus diambil perhatian.

DJ Dave dapat title Datuk dari TYT Sabah apa saja sumbangannya terhadap negeri Sabah banding dengan John Gaisah, Daud Abdillah, D Sophe, PA Ahmad, PA Mohammad, Sidek Hj Awang Osman dan banyak lagi yang bergiat dalam bidang kesenian nyanyi dan muzik.

Kenapa orang seni semacam itu tidak dipeduli dan dilupakan sahaja? Bukankah mereka antara penyumbang terbesar dalam bidang muzik? demikian juga bidang-bidang lain dan hal ini sudah sekian lama saya suarakan tetapi kerajaan masih terus membutakan mata dan hati sebab cara penilaian tidak benar. Yang dapat kaki rasuah!

Nah, terkait dengan title dato, cuba saja kita perhatikan kata-kata Dato Jamal itu? Di TV ia bersuara seolah membatu api dan dalam nota ini jelas ia bolehlah dikatakan bermulut longkang dan jauh dari kata-kata yang berhemah.

Inikah sikap seorang Dato yang harus anak-anak bangsa kita contohi? Tidak hairan anak bangsa yang bakal kita warisi menjadi bangsa yang tidak beradab sebab ada pemimpin yang ada sekarang ini sudah sekian lama mengajar anak bangsa menjadi bangsa yang seolah tidak bertamadun.

Saya masih ingat lagi di zaman pemerintahan USNO-BERJAYA hingga PBS sukar untuk mendapat gelaran Datuk kalau mereka dapat pingat Datuk hanya kepada orang-orang yang benar-benar berjasa kepada bangsa-agama dan Negara.

Setelah UMNO/BN  mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Sabah bermula tahun 1994 hinga sekarang pingat dan title  Datuk sudah tiada nilainya apa saja pingat dari BK-BSK-ADK-ASDK-PGDK dan SPDK macam beli kacang goreng mudah dapat sehinga para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menyebut ikan jadi ikang perkataan  gambar jadi gambal  pun mereka senang-senang saja dapat anugera bintang kebesaran dari TYT

Dipendekan cerita zaman UMNO/BN title  atau pingat kebesaran dari TYT sudah tiada nilainya  berbeza pada  di zaman USNO-BERJAYA dan PBS bintang BK-BSK-ADK-ASDK pun sukar dapat apa lagi pingat datuk PGDK dan SPDK


Nah, kita fikirkan isu ini!