SABAH PENGELUAR UTAMA 53 TAHUN KILANG TAK PUNYA


( 3000 ahli UMNO diumum keluar parti)
OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday Sept. 26/2016
PARTI-parti  yang pernah memerdekakan akhirnya kalah di musim election dan buktinya jelas negara luar termasuk Jepun dan mungkin Afrika nantinya.

" Meski parti di Negara-Negara  berkenaan memerdekakan negara mereka tetapi kesan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat akhirnya rakyat tolak " Kata DS Shafie Apdal ketika berucap di Tawau pagi tadi dan kenyataan itu menyindir parti UMNO/BN kesan rakyat marah maka di musim/PRU14 rakyat akan menolak BN dan bakal jadi pembangkang.
Disamping itu DS Shafie juga menyentuh soal pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim untuk sembelih anaknya kesan menerima perintah Allah.
" Jangan kerana mendapat tangki biru, kita jadi lupa dan terus memberikan kemenangan kepada mereka.
Tangki itu keperluan dan yang lebih penting masa depan negara bangsa kita " Jelas DS Shafie lagi. 
Disamping hal yang dijelaskan di atas, juga dijelaskan soal Sabah yang merupakan pengeluar koko, tetapi sayangnya Sabah bawah pimpinan ketua ketua menteri tidak punya kilang koko setelah 53 tahun merdeka.
" Kita juga pengeluar kelapa sawit terbesar di Malaysia, tetapi saya tidak melihat kilang2 yang memproses minyak sawit untuk menghasilkan produk yang boleh menjana banyak pekerjaan orang Sabah dan kesannya anak-anak Sabah ramai ke Semananjung berkerja di kilang-kilang di sana "
Katanya lagi dan selama 53 tahun merdeka jelas kepimpinan negeri Sabah gagal meletakkan ekonomi Sabah di lokasi sebenarnya.
Katanya lagi setiap tahun sabahan selalu menyanyikan lagu negaraku di musim merdeka dan didendangkan satu malaysia yang membawa maksud satu rasa, satu jiwa satu jiwa tetapi
orang Sabah yang berkerja di Semanajung Malaysia elaun rumah murah banding yang di semananjung berkerja di Sabah.
" Itu lebuhraya Pan Borneo saya minta samy Velu usahakan di Sabah dalam rancangan Malaysia ke-9 lagi kesan jalan selalu putus-putus tapi hingga sekarang terus diperkatakan dan gagal tetapi ubah suai TUGU kos berjuta dipercepatkan pula" Katanya lagi dan kata-kata DS Shafie mendapat sorakan di sekitar 3-4000 orang yang hadir.
Di acara tadi yang wakil DAP sama menyampaikan ucapan termasuk YB Darell Leiking. juga kesempatan itu DS Shafie Apdal nyatakan soal parti yang bakal digunakan oleh DSSA untuk memperjuangkan hak-hak Sabah.
" Parti sudah sedia ada, cuma ada perubahan dari segi LOGO dan nama Parti dan sebaik saja ROS luluskan/kita kena ikut aturan, maka parti itu akan dilancarkan nanti " Katanya DS Shafie. 
Seterusnya DS Shafie Apdal menyatakan yang setiap orang ada tangan dan tangan itulah yang menentukan kepimpinan di PRU akan datang. 
" Kita semua ada tangan dan jangan jual tangan kita dan gunakanlah tangan itu untuk mengundi dan menentukan parti mana bakal memerintah nanti " Katanya DS Shafie lagi. 
Di akhir ucapan juga di sentuh soal pemberian tanah oleh kerajaan negeri kepada FELCRA seluas sekitar 200,000 ekar tetapi berapa saja rakyat Sabah dapat tanyanya.
" Jika kita memerintah kita tidak lagi mengeluarkan geran tanah komuniti tetapi kita akan terus memberikan geran tanah kepada individu( persedirian) yang selayaknya mendapat tanah " Janji itu mendapat tepukan. 
Janji itu hanya akan menjadi kenyataan bila kerajaan BN berjaya ditumbangkan dan jika gagal makna rakyat Sabah tetap terus dipermainkan dan tidak hairan beribu-ribu ekar tanah di Sabah bakal milik syarikat luar negara dan krooni-krooni mereka dan hal ini tidak menghairankan yang rakyat Sabah akan menjadi pelarian di tanah airnya sendiri.