LIHAT KESUSAHAN RAKYAT SABAH


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Rabu Sept, 07/2016

MEMANG  Datuk Seri Shafie Apdal - DSSA selalu menghubungi saya dan kekadang terlepas jawab kesan sama-sama sebuk dan hari ini kami berbicara lagi dan kekadang bercakap/bicara dengan DSSA banyak sangat nasihat/ pandangan yang cukup bernas dan itu menyebabkan saya semakin kenal diri dan semakin mengecil di tengah-tengah  dunia politik yang mencabar.

Biasanya ketika DSSA telefon, ayat pertama yang diucapkan ialah "apa kabar haji dan famili?" itulah ayat selalunya dan selalu DSSA doakan agar sihat dan baik2 serta sabar selalu.

Hari ini ia katakan bila kita menulis usaha elak kata2 sombong dan bongkak seperti yang orang lain lakukan dan itu menyebabkan saya terdiam sebentar dan memang itu selalu saya elak dan katanya "biarlah kita banyak merendah diri " tambahnya dan itu menyebabkan saya terharu sangat.

Memang saya terdiam dan terharu sangat. Tidak pernah saya menerima nasihat orang lain sedemikian rupa. Terima kasih ya Allah!

Kemudian ulang-ulang ia bangkitkan soal rakyat dan DSSA mahu melihat keadaan rakyat sekarang ini yang hidup kian susah kesan pendapatan kurang, harga barang naik, luang pekerjaan kurang, banyak syarikat tutup dan pembuangan pekerja menjadi-jadi dan ini harus diutamakan.

" Saya bersetuju tulisan haji yang mengatakan BN lemah dan pembangkang juga berpecah, tetapi semuanya rakyat yang menentukan nanti " Katanya dan kuasa mutlak itu rakyat yang menentukan. Rakyat berkuasa menentukan sesebuah kerajaan.

" Kerana itu kita harus kembali kepada rakyat dan kita kena jelaskan kepada rakyat bahawa yang menentukan sesebuah kerajaan itu ialah rakyat bukan parti dan tidak salah kalau kita merubah kerajaan dan dicari pemimpin yang lebih berwibawa dan dapat memimpin rakyat ke arah yang lebih baik"

Katanya dan sambil itu banyak kerajaan yang memerintah di dunia seperti di Amerika, Korea, Jepun, Thailand, Indo dan banyak lagi sering berubah dan yang merubah itu ialah rakyat.

Memang rakyatlah yang menentukan siapa yang berkuasa tetapi kerajaan yang diamanahkan itulah yang dapat merubah keadaan kehidupan rakyat bukan rakyat/rakyat harusnya dipandu dan itu disentuhnya kesan hutang yang sekarang mendekati 900 bilion dilakukan oleh kerajaan dan bukan rakyat tetapi bebannya rakyat yang menanggung membayar hutang berkenaan melalui GST.

" Cuba Haji lihat keadaan rakyat di kampung-kampung  sekarang kesan harga getah jatuh dan sawit juga jatuh harga, pendapatan atau gaji tidak berganjak dan harga barang kian mahal tak sesuai dengan kos hidup dan yang jelas rakyat perlu makan dan anak-anak perlu ke sekolah dan universiti tetapi kos universiti mahalnya bukan main/bagaimana rakyat di kg mampu membiayainya? " kata DS Shafie dan memang apa yang diperkatakan itu benar.

" Soal perkara 20 itu sudah lama dibincang dan bagaimana kita mahu melaksanakan itu termasuk MA63 jika kita tidak berkuasa? Yang harus melaksanakan itu bukan rakyat tetapi BN yang berkuasa dan tentunya MUSA AMAN lebih tahu dan itu hanya diputuskan oleh kepimpinan yang memerintah sekarang. Untuk menguar2kannya jelas itu membuang masa dan sekarang kita fokas perut rakyat dan kesusahan rakyat" Itu lebih utama katanya.

Ketika kami bercakap sebentar tadi DS Shafie menjelaskan program jelajah selanjutnya di Tawau dan Kudat termasuk Papar, Sipitang dan banyak lagi.

" Jemputan banyak sangat dan kita usaha perlahan-lahan tidak perlu gopoh dan kita mahu rakyat faham dulu dan sesudah faham baru mudah rakyat menentukan sama ada mahu kekalkan BN atau sebaliknya dan kita kena jelaskan secara terus terang sebab kehidupan rakyat di tangan rakyat sendiri yang tentukan melalui kuasa undi" jelas DS Shafie dan memang banyak lagi yang harus diperkatakan.

" Peluru jangan dihabisi kena simpan untuk nanti menyerang " demikian saya jelaskan dan DS Shafie ketawa dan boleh saya bayangkan bagaimana DSSA ketawa dan di wajahnya jelas selalu saja tenang, santai cukup sabar.

" Isya Allah akan saya jelaskan di Tawau nanti" Katanya dan sesudah itu perbincangan kami sampai di situ dan katanya akan hubungi saya lagi esok atau lusa sambil diperkatakan cerita lain yang rasanya lebih menarik.

Yang paling menarik katanya tadi agar saya himpun semua tulisan-tulisan  saya dan bakal ia bukukan dan itu cukup mengharukan saya kesan memang sudah ada yang bakal membiayai penerbitannya katanya tadi.
Terharu 
terima kasih
Terima kasih
Terima kasih