MCA BAHAGIAN SANDAKAN SOKONG KEPIMPINAN MUSA AMAN


OLEH: SALBIAH LEE SAU YENN
Khamis Sept. 29/2016


LIBARAN:-   MCA Bahagian Libaran menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional negeri Sabah.

Menurut Ketua Bahagiannya Chin Kim Hiung, Musa merupakan seorang pemimpin yang prihatin, berwibawa, adil dan kredible.

Sejak Musa menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri beliau telah membawa banyak kemajuan, pembangunan  serta mengeratkan perpaduan rakyat di negeri Sabah, tambah Chin.

Chin berkata MCA Bahagian Libaran telah sebulat suara meluluskan lima usul semasa mesyuarat tahunan agung yang diadakan di sebuah restoran di Batu 4 Jalan Utara baru-baru ini.

Usul ketiga ialah memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional. Kepimpinan beliau telah membawa kemajuan, pembangunan dan perpaduan kepada rakyat negeri Sabah.

Antara usul-usul lain ialah -

Memberi sokongan penuh kepada Presiden MCA Dato Seri Liow Tiong Lai untuk memimpin parti MCA agar beliau dapat memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat jelata.

Memberi sokongan penuh kepada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan merayu agar beliau kekal sebagai pengerusi perhubungan MCA Sabah supaya MCA Sabah terus bersatu hati di bawah pimpinannya untuk menghadapi PRU14 yang akan datang.

Dalam ucapan beliau semasa merasmikan mesyuarat tahunan agung, Chin juga menyeru orang ramai agar tidak mengambil kesempatan menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial yang boleh menimbulkan ancaman bahaya atau rasa bimbang dalam kalangan masyarakat serta pelancong-pelancong dari luar negara.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh atau percaya tentang sebarang 'berita' di lama sosial. Kita seharusnya lebih bertanggungjawab dengan menilai dahulu berita yang kita sendiri tidak tahu kesahihannya  sebelum berkongsi maklumat kepada orang lain,” tambah Chin.

“Penyebaran 'berita' palsu yang semakin viral oleh orang ramai akan membawa kesan-kesan negatif dari segi keamanan, keharmonian dan pembangunan ekonomi negara kita terutamanya dalam zaman yang semakin mencabar ini,” katanya lagi.

Justeru Chin menyeru Kerajaan agar mengambil tindakan terhadap  individu atau pihak  yang tidak bertanggungjawab ini.




No comments:

Post a Comment