HARUN DIN KEMBALI KE RAHMATULLAH DI CALIFORNIA

OLEH: WAN FARIDAH WAN AHMAD (KL)
Friday Sept. 16/2016

KUALA LUMPUR:- Murshidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Stanford, San Francisco, California, Amerika Syarikat dilaporkan telah kembali ke rahmatullah.
Laporan awal dari sumber twitter Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa bahawa Haron Din telah menghembuskan nafas terakhir disana.


Allahyarham yang sedang menjalani rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford, San Francisco, California, Amerika Syarikat, berada didalam kritikal selepas mengalami serangan jantung.
Sebelum Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani melalui laman media sosialnya memaklumkan pihak hospital telah mengesahkan keadaan semasa Datuk Dr Haron Din pada jam 5 pagi tadi (waktu California) dan telah meminta seluruh ahli keluarga Mursyidul Am PAS berkenaan hadir secepat mungkin ke ICU terbabit.
Datuk Dr Haron Din pernah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) berikutan masalah jantung yang beliau hadapi.
Dengan ini kami bagi pihak editorial Portal The Sabah Insider Online mengucapkan salam takniah kepada keluarga Arwah Dato Harun Din  semoga rohnya dicucuri rahmat….Amin  Al-Fatihah


No comments:

Post a Comment