MP SANDAKAN LAWAT PARA PENJAJA PASAR BESAR YANG BERMASALAH



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Monday Sept, 12/2016

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt yang ditemani oleh Frankie Poon dan George Hiew merupakan pemimpin DAP Sandakan telah mengadakan lawatan kerja bagi menemui para penjaja di pasar besar Bandar ini kelmarin.

Tujuan lawatan itu adalah untuk mendekati rakyat khususnya para penjaja berkenaan mengenai masalah-masalah yang mereka sedang dan telah hadapi yang tidak pernah diselesaikan oleh pihak yang berkenaan dari dulu dan sekarang.

Setibanya Wong bersama rombongan  mereka banyak menerima pelbagai aduan tentang falisiti-falisiti yang terdapat di dalam kawasan pasar berkenaan antara kebocoran bumbung, kerosakan  kipas angin dan kebajiran penjaja haram yang terdiri dari PATI.


Apapun kata Wong semua permasalahan yang diadukan oleh para penjaja berkenaan akan diajukan kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk tindakan lanjut.