BERITA EBBY YUS MENINGGAL DUNIA BERITA PALSU

OLEH: SHAIMON S JUMADI

GAMBAR....Ketika Ebby Yus di rawat di Hospital Queen Elizabeth 
Kota Kinabalu.

SUNGGUH amat  menyedihkan sekali bila mana terdapat beberapa blog dan portal online menyiarkan berita kononnya pelawak dan pelakon era 90 an  iaitu Ebby Yus telah kembali ke rahmatullah kelmarin.

Sebenarnya berita kematian Ebby yang telah tersebar luas di blog-blog berkenaan adalah berita palsu berita adalah rekaan semta-mata yang bertujuan niat jahat yang ingin meraihkan popularity diatas kesusahan orang lain.

Ebby Yus yang telah dimasukan ke wad Hospital Queen  Elizabeth  sejak empat  hari lalu akibat masalah paru-paru dan telah dibenarkan keluar hospital malam tadi.

Kini Ebby semakin stabil  berita ini disahkan oleh Instagram milik pelawak Kumpulan Jambu yang menyatakan Ebby Yus telah keluar hospital berkenaan dan kini dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Ebby Yus sendiri menafikanberita tersebut dan berasa kesal dengan perbuatan orang yang tidak bertanggungjawab itu.
 

Sabah Insider.Net Bahagian Hiburan yang sentiasa mengikuti perkembangan Ebby Yus memohon mana-mana portal blog yang telah menyiarkan berita palsu itu agar memohon maaf secara terbuka kerana perbuatan mengaibkan orang adalah perkara palaing keji.

No comments:

Post a Comment