CURI ELEKTRIK SECARA HARAM MAKIN MENJADI-JADI SUKAR DIBENDUNG .... DAKWA WONG


OLEH: ADMIN TSI/DAP
Sunday August 07/2016

SANDAKAN:- Kecurian bekalan elektrik di kawasan perkampungan setinggan sukar dibendung khususnya di daerah Sandakan. 
Ahli Parlimen Sandakan  Stephen Wong Tien Fatt (DAP) telah menerima aduan bahawa terdapat kegiatan curi bekalan elektrik dengan menyambung pendawaian secara haram di kawasan Bandar Karamunting semankin menjadi-jadi sukar pihak SESB nampaknya gagal mengawal keadaan..
Dalam pada itu   Wong  bersama dengan rombongannya   telah melawat ke kawasan tersebut untuk pemeriksaan.
Lawatan tersebut telah mengesahkan aduan yang diterima dan Wong amat membimbang akan kegiatan tersebut akan membahayakan keselamatan nyawa dan harta benda  penduduk setempat.
Memandangkan   kegiatan curi elektrik akan menyebabkan kerosakan pendawaian dan kebakaran. Sering berlaku.
Oleh itu, beliau menggesa SESB untuk mengambil tindakan dan mencari langkah penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini secara win-win situation supaya mengurangkan risiko membahayakan penduduk kawasan tersebut dan juga mengurangkan kerugian SESB.
Wong juga berkata bahawa beliau akan mengemukakan masalah ini kepada SESB Kota Kinabalu  dan berjumpa dengan pihak berkenaan untuk membincangkan langkah-langkah penyelesaian untuk mengurangkan masalah mencuri elektrik  yang sukar dibanteras.


No comments:

Post a Comment