ZAKARIA UCAPKAN TAKZIAH KEPADA SEMUA MANGSA TRAGEDI GEMPA BUMI GUNUNG KINABALU

OLEH: RAZAK ABDUL KARIM


GUM-GUM:-   Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris menzahirkan rasa sedih atas kejadian gempa bumi yang berlaku di negeri ini pada Jumaat.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada kesemua keluarga mangsa yang terlibat dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter, kata Zakaria di sini kelmarin.

“Saya rasa dukacita dan bersedih atas tragedi tersebut yang mengorbankan nyawa pendaki serta malim gunung. Saya berharap keluarga mangsa akan terus tabah dan tenang menghadapi insiden ini,” tambah Zakaria.

Zakaria juga menghargai usaha semua pihak yang terlibat termasuk malim-malim gunung dan penduduk tempatan di situ dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Gempa bumi yang dilaporkan berlaku di Ranau pada jam 7.15 pagi tiga hari lepas turut dirasai di beberapa daerah lain termasuk Tambunan, Kota Belud, Kota Marudu, Tuaran, Kota Kinabalu , Papar serta kawasan bersekitaran.





No comments:

Post a Comment