Monday December 21. 2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SUNGAI NELAPAK- Nunuk Ragang Cetik Tapi Berbahaya
SEJAK
kebelakangan ini ramai anak-anak remaja dan orang-orang dewasa mati lemas akibat mereka berkelah bermandi
manda diair terjun di beberapa tempat khsusnya dalam Negara ini.
Berita
terbaru tragedy itu berlaku di Hulu
Terangganu – di mana hasrat enam sekeluarga menghabiskan cuti persekolahan
dengan berkunjung ke Air Terjun Belukar Bukit, di sini Sabtu lalu bertukar tragedi apabila lima daripada
mereka ditemui lemas.
Dalam
kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, mangsa ialah seorang imam yang bertugas di
Puncak Alam, Selangor, Mohd Halim Samian,44; isterinya Nurul Adilah@Salaiwati
Awang,39, serta tiga anaknya Nurul Arifah,16; Nurul Hidayah Aina,11 serta Nurul
Izah,10.
MANGSA Tragedi Air Terjun Belukar Bukit..Trangganu
Manakala
individu yang selamat ialah Mohd Hasif, 9, dan difahamkan mereka
sekeluarga yang tinggal di Puncak Alam, Selangor tiba di lokasi pelancongan
berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi sempena pulang ke kampung Nurul Adilah di
Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus.
Komander
Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zuraidi Yusof
berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.35 pagi dan bergegas ke lokasi
kejadian dengan kekuatan 11anggota menaiki sebuah jentera serta sebuah pajero.
"Sewaktu
pihak bomba tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa iaitu Mohd Halim, Nurul Izah
serta Nurul Hidayah telah pun ditemui oleh orang awam tidak jauh antara satu
sama. Mangsa pertama dijumpai ialah Mohd Halim jam 12.17 tengahari sebelum
disusuli mangsa seterusnya lima minit kemudian iaitu Nurul Izah dan Nurul
Hidayah.
"Operasi
mencari dan menyelamat terus dilakukan pihak bomba bersama orang awam sekali
gus berjaya menemui Nurul Adilah@Salaiwati jam 12.33 tengah hari. Mangsa
terakhir dijumpai ialah Nurul Arifah jam 12.37 tengahari. Kesemua mangsa
seterusnya diserahkan kepada pihak polis.
"Sewaktu
kejadian tiada pengunjung lain di lokasi tersebut, bagaimanapun kita tidak
menolak kemungkinan kejadian berpunca apabila salah seorang mereka di bawa arus
sebelum ahli keluarga yang lain cuba membantu.
"Memandangkan
terdapat pusaran air di kawasan berkenaan, kita percaya kesemua mereka telah
dibawa pusaran itu hingga kesemuanya lemas," katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Bilik Forensik Hulu Terengganu,
di sini, hari ini.
Bercakap di air tentang terjun atau sungai-sungai yang
cetek di mana sebatang sungai yang agak terpanjang selain sungai Kinabatangan yang menembusi
kuala sungai Labuk iaitu sungai
Maliau dan sungai Nelapak.
Sungai Nelapak yang banyak
lingkarannya merupakan air yang jernih ia memang paling sesuai untuk tempat
beriadah tempat berkelah tetapi sayang sekali sungai itu tiada orang yang pergi
bermandi manda apa lagi kitapun tidak kelihatan ada perahu k
Biasanya kalau sungai
seumpama itu adalah tempat mencari ikan dan pelbagai spisis habitat hidupan air
tawar sebagai sumber hasil pendapatan
orang-rang kampung berkenaan sama ada dipasarkan atau untuk makan sendiri.
Dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu saya sempat singgah
sebentar di Kampung Nunuk Ragang
dibelakangnya ialah terdapat sungai Nelapak.
Saya bertanyakan salah
seorang penduduk Kampung Nunuk Ragang kenapa tidak kelihatan sebiji perahu
orang kampung untuk memancing atau menjala udang.
Kata mereka sungai itu
memang cetik tetapi banyak orang sudah mati lemas disebabkan oleh hantu air
(gelap) kedua pernah satu hari beberapa orang Jabatan Hutan berkemah di tepi
sungai itu tidak semana-mana tiada hujan tiada angin tiada rebut tiba-tiba air
dari ulu datang dengan deras macam kelombang mujur mereka sempat naik kedarat
untuk menyelamatkan diri kalau tidak sudah tentu mereka semua mati dihanyutkan
air deras yang tidak diduga tiba-tiba datang itu.
Inilah puncanya lima keluarga
mati lemas akibat didatangi air deras datang dari ulu.
Pernah terjadi di sungai
Telupid ramai mereka mencuci kereta
masuk didalam sungai yang cetik itu tidak semana-mana juga air deras datang
dari ulu rupa-rupanya hujan diulu mereka
sempat menyelamatkan diri tapi
tidak sempat menyelematkan
kereta-kereta mereka ada yang dihanyutkan oleh air derat tersebut.
No comments:
Post a Comment