Saturday December 12.2015
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SELAIN buah petai merupakan tumbuhan liar
di hutan belukar atau disebut buah hutan yang boleh di makan satu lagi penemuan buah hutan yang bauhnya hampir
serupa dengan buah petai.
Nama sebenar buah hutan yang dimaksudkan iaitu buah Jengkol
atau nama saintifiknya Jering yang boleh didapati di hutan yang berbukit-bukau
banyak tumbuh liar.
Buah jengkol (jering) ini boleh di makan bauhnya menyerupai
buah petai Cuma jenis buah jengkol agak besar dan berwarna ungu ia boleh makan sama ada dibuat ulam,
direbus, di goreng atau di masak semur.
Kalau seseorang itu ada darah tinggi atau kencing manis elok
makan buah jengkol rasa kepahitan dan ia boleh menurunkan kadar tekanan darah dan juga mengurang kadar
kandungan kelori (gula) dalam badan.
Sekarang harga jengkol 1kg antara RM6.00 hingga menjangkau
RM8.00 dijual di pasar-pasar terbuka dan ada yang sudah rebus letak kelapa
parut, dan ada yang dijual masuk semur,
Sudah menjadi adat budaya suku kaum Jawa memang suka makan
jengkol mereka bikin lauk iaitu di masak semur jengkol.
Kalau orang suka makan jengkol ini ada petuah dan pantang larangnya sesekali
jangan dilanggar pantang itu. Barang sesiapa saja suka mengambil buah jengkol jangan
sesekali kencing dipokok jengkol ini bahaya sebab takut nanti mereka yang kencing
dipokok jengkol secara sengaja akan mendapat bala iaitu kejengkolan (kejeringan) tidak boleh mengeluarkan kencing.
Pokok jering juga bagus di tanam secara komersial kerana
buahnya mendapat pasaran yang agak lupayan.
Cerita pasal jering menjadi keliru dua kawan mereka sama-sama
bekerja di Jabatan Penerangan Kota Kinabalu satu bangsa Bajau Tuaran yang satu lagi bangsa
Brunei.
Si kawan Brunie tadi cuti pulang kampung ke Papar jadi kawan
si Bajau tadi berpesan katanya kalau balik kampung nanti jangan lupa belikan
aku jaring lama sudah inda makan jaring.
Selang seminggu kemudian si kawan Brunei tadi balik ke Kota
Kinabalu untuk memulakan tugasnya dia
beli jaring (Pukat).
Kawan si bajau tadi kata Awang ada kah beli jaring ada
dikereta kau pergi ambillah berapa harganya semua tidak mahal cuma RM150.00
sahaja.
Si kawan Bajau tadi jadi hairan kenapa kau beli begitu banyak
jaring sampai harga RM150.00 sekali si
Bajau tadi pergi kekereta dibukannya
bonet belakang kereta dia tercari-cari mana jaringnya.
Si Bajau memanggil si Awang mana jaringnya inda aku nampak
kau bilang simpan dibonet kereta mana ada.
Si Brubei lantas pergi ke keretanya sambil menunjukan nah ini
jaring yang kau minta aku belikan si Bajau tadi bukan jaring ini,ini pukat jaring
itu bah yang boleh di makan di rabus simpan kelapa.
Oh kata si Brunei itu jering atau jengkol yang kau maksudkan
itu kenapa kau cakap jaring jadi aku
belilah jaring., tersalah sebut jering jadi jaring.
No comments:
Post a Comment