WONG. MINTA KERAJAAN MALAYSIA DESAK KERAJAAN FILIPINA AGAR BURU PEMBUNUH KEJAM BERNARD THIEN

  
Tuesday December 22.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Gara-gara kematian yang mengerikan terhadap mendiang Bernard Thien Ted Fen 39 yang dipenggal kepalanya oleh pengganas Filipina menampakan kerajaan Malaysia seakan-akan tidak berupaya melindungi keselamatan rakyatnya.

“Dalam pada  itu berhubung dengan ujian DNA dilakukan oleh pihak Filipina telah mengesahkan mayat tanpa kepala yang dijumpai adalah mayat mendiang Bernard Then Ted Fen” Kata  ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong  dan berpendapat bahawa kerajaan negara kita harus bertanggungjawab terhadap perkara ini dan mendesak terhadap kerajaan Filipina agar pembunuh Bernard diburu sehingga tertangkapnya.

Wong berkata, kerajaan bertanggungjawab untuk memberi bantuan dan pampasan yang sewajarnya kepada keluarga mendiang Bernard Then, kerana gagal memberi perlindungan, terutamanya ini merupakan kali pertama Bernard Then melancong ke Sabah, dan diculik semasa makan di Restoran Ocean King Sandakan, dibawa ke Selatan Filipina dan akhirnya dipenggal kepala.

Kata Wong, semasa kedua-dua mangsa iaitu Bernard Then dan Thien Nyuk Fun diculik, kerajaan dan menteri-menteri kita pernah berjanji untuk memastikan mereka pulang dengan selamat, akhirnya Thien Nyuk Fun telah dibebaskan tetapi Bernard Then pula dipenggal kepala, apakah penjelasan kerajaan? Manakah janji anda?

Wong berkata, menurut ahli keluarga mangsa, selama ini pihak kerajaan tiada menghubungi dan memberitahu sebarang berita dan perkembangan kepada ahli keluarga mangsa,  keluarga mangsa hanya mendapat tahu perkembangan kes melalui suratkhabar.

Pada pandangan Wong, ini adalah disebabkan kelalaian Kementerian Dalam Negeri, terutama pihak polis, mereka seharusnya berusaha melindungi keselamatan rakyat dan negara. Dalam kes kegagalan kerajaan melindungi rakyat dan mengakibatkan Bernard Then dipenggal kepala, Ketua Polis harus letak jawatan atau dipecat.


Wong berasa amat sedih dengan berita tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Then.

No comments:

Post a Comment