Monday December 07.2015
OLEH: ISMAILY BUNGSU
SABAH
dan Sarawak hanya beza luasnya sikit saja banding Malaya. Sabah dan Sarawak
memang merupakan negeri paling kaya dengan sumber hasil dan kalau digunakan
segala hasil masul maka sabah sarawak
pasti membangun lagi berpuluh kali ganda bagus banding kebangusan yang ada
sekarang ini.
Pendapatan
Sabah melalui balak, tembaga, getah, sawit dan minyak serta pelancongan dan
cukai kastam memang banyak sangat dan hasil-hasil itu kita boleh menjana ekonomi
kita secara berkesan dan Sabahan/Sarawakian akan
mewah makmur.
Tetapi
kekayaan itu ke mana saja perginya dan cukai GST masuk ke kantong mana dana
yang dikasih kepada kita hanya RM4 bilion, sedang pendapatan lebih RM40 bilion.
adilkah itu namanya?
Ada
menteri kata Sabah dapat banyak peruntukan tetapi jangan bezakan negeri kecil
macam Perlis, Melaka yang hanya sebesar Ranau atau Semporna, malah Kinabatangan
lagi besar. Nampak?
Di
bandar memanglah maju dan tidak semestinya STATIK macam zaman batu tetapi di
luar bandar setelah 52 tahun masih banyak yang tak punya keperluan asas seperti
air, jalan dan letrik.
Pergilah
ke kampung-kampung tak jauh dari pekan,
malah di sekitar Kota Kinabalu ada jalan-jalan macam BERKURAP dan letrik asyik tergendala.
Sementara Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman
Dahlan pernah berkata bahawa rakyat Sabah tak pandai bersyukur dengan kerajaan
BN yang ada sekarang banyak membawa pembangunan
yang cukup pesat
Bagi
penduduk dan kroni-kroni UMNO/BN yang mendapat pelbagai bantuan memang mereka
bersyukur akan tetapi rakyat yang tidak mendapat apa-apa bantuan mereka terus tersungkur.
No comments:
Post a Comment