Wednesday December 02-2015
BY ADMIN DAP
SANDAKAN:- Pengerusi DAP Sabah
merangkap ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong menyertai sesi perbahasan penggulungan
Bajet 2016 peringkat jawatankuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
Masalah harga rumah yang tinggi di
Sabah menyebabkan rakyat sukar untuk membeli rumah, masalah ini amat kritikal
dan kerajaan diminta pandang serius, serta mengkaji cara penyelesaian, membantu
rakyat yang tidak mampu membeli rumah.
Wong menegaskan bahawa, nisbah
tanggungan harga rumah di Sabah adalah tertinggi di seluruh negara, purata
harga rumah di Sabah adalah 11 kali ganda kepada pendapatan keluarga sederhana,
ini lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain yang lebih maju seperti
Selangor dan Pulau Pinang, ramai golongan muda bekerja seumur hidup pun tidak
mampu membeli sebuah rumah, dan ramai pergi bekerja di Kuala Lumpur dan tidak
ingin balik ke Sabah, kerajaan perlu menangani masalah ini.
Wong bertanya, BN telah berjanji
dalam manifesto pilihan raya yang lalu, untuk membina 1juta buah rumah mampu
milik dalam masa 5 tahun, kini 2 tahun lebih telah berlalu, berapakah rumah mampu
milik telah siap dibina? Beliau juga bertanya berapa buah rumah mampu milik
yang dibina di Sabah setiap tahun? Setiap tahun berapa orang yang memerlukan
rumah?
Wong minta kerajaan pandang serius
terhadap masalah ini, terutama dalam membina PPR, harus mencontohi negara yang
lain, membina rumah pangsa yang berkualiti dan murah supaya orang miskin atau
golongan muda mampu membeli.
Beliau berharap jabatan yang
berkenaan dapat menerima dan memperluaskan skim sewa beli, terutamanya Program
Perumahan Rakyat, kerana ramai rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan PPR
tidak dapat pinjaman bank dan justeru itu tidak dapat memiliki rumah, oleh itu
seandainya PPR dapat melaksanakan dasar sewa beli, maka banyak keluarga yang
berpendapatan rendah dapat menyewa rumah sehingga satu tempoh, misalnya 20
tahun, rumah tersebut akan dimiliki penyewa, skim ini juga dilaksanakan oleh
negara-negara yang lain.
Tambah Wong, golongan miskin yang
berpendapatan rendah tidak dapat pinjaman daripada bank, mereka tidak patut
dieksploitasi dan dipinggirkan, kerajaan harus pandang serius dengan keperluan
asas golongan ini, supaya mereka mendapat perlindungan kerajaan.
Wong juga menggesa kerajaan pandang
serius terhadap harga rumah yang melambung tinggi, dan mengkaji cara
penyelesaian untuk menangani masalah ini dan juga isu kenaikan harga rumah,
jangan membiarkan harga jualan rumah dan harga sewaan rumah terlalu tinggi,
menyebabkan golongan muda terpaksa tinggal di kawasan pedalaman dan menghadapi
pelbagai masalah.
No comments:
Post a Comment