Saturday December 26.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Ramai di kalangan ibubapa dimusim cuti umum 2 hari
berturut-turut mereka berduyun-duyun pergi ke
Supermarket-supermarket berhampiran antaranya yang menjadi tumpuan ialah Gedung
Giant, Survey Supermarket, Genting Mas Mall ,
Thai Chung Supermarket dan Supermarket Wong Yong Kee untuk membeli alat-alat persekolahan seperti
baju seragam, beg sekolah dan kasut.
Memandangkan sesi persekolahan baru akan bermula tidak lama lagi
dan pastinya ibu bapa adalah golongan yang paling sibuk melakukan persiapan
untuk anak-anak mereka.
Dalam tinjauan yang dilakukan sekitar daerah Sandakan oleh Wartawan portal The Sabah Insider.Net cuba mendekati dan memahami pengurusan perbelanjaan di kalangan ibu bapa dalam situasi kos sara hidup yang tinggi dewasa ini.
Ada di antara yang mengeluh barangan keperluan sekolah semakin mahal berbanding tahun lepas dan terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan lain.
Bagi pesara, Yusof Wahab dia menyedari barangan seperti baju sekolah semakin mahal yang dijual di pusat- pusat membeli belah.
Lantaran itu Yusof mencari alternatif lain bagi mengurus perbelanjaan keluarganya dengan lebih jimat.
"Saya membuat tempahan baju sendiri bagi anak saya. Adik ipar saya merupakan tukang jahit dan kami boleh membeli jenis kain kami sendiri.
Saya rasa ia lebih murah sedikit berbanding membeli yang sedia ada," tambahnya.
Sementara itu juruteknik, Mohd Dzulkiflie Ahmad yang sempat ditemui berkata dia akur dengan keadaan ekonomi sekarang dan berbelanja hanya mengikut kemampuan.

"Harga barangan persekelohan agak berpatutan jugalah kalau
diikutkan dengan perbelanjaan saya. Kalau mampu membeli hanya sepasang baju, Kalau macam saya mampu untuk dua pasang, maka
dua pasang sahajalah.
"Harga memang lagi mahal berbanding tahun lepas dan itu
saya terpaksa akur dengan keadaan ekonomi sekarang ini," tambah Zulkiflie
Bagi Robert Moming Tanpaloi yang bekerja sendiri turut senada dengan Zulkiflie dan dia terpaksa akur dengan peningkatan harga barangan keperluan sekolah anak-anak.

Jelasnya kos sara hidup ketika ini sangat tinggi namun bersyukur
dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan, yang mengurangkan
serba sedikit beban keluarga miskin di negara ini.
"Kata orang beli sebelum harinya iaitu beli sebelum perayaan tiba. Namun walau bagaimanapun, kos sara hidup memang tinggi. Memang terlampau tinggi.
"Kita bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak cuma kita kena akur dengan kehidupan sekarang, dengan kemajuan yang ada. Dalam erti kata lain, pandai-pandailah kita mahu menyesuaikan hidup sekarang," kata Tampaloi.

Katanya lagi bagi para penyokong UMNO/BN mereka tidak mempunyai
masalah mengenai kelengkapan persekolahan untuk anak-anak meraka sebab Wakil
Wakil Rakyat BN akan memberi bantuan kewangan setiap ahli UMNO/BN menerima sebanyak RM2,000.00 hingga RM3,000.00 untuk perbelanjaan membeli
peralatan sekolah.
“Yang susah macam kami
tidak menyertai mana-mana parti komponan BN
ini yang menjadi masalah besar kami tiada mendapat apa-apa bantuan nanti
kalau kami pergi kepajabat UMNO/BN mereka buat kami macam anjing saja mereka
tidak memberi layanan dengan alasan mereka
tidak kenal kami” kata Tanpaloi lagi
No comments:
Post a Comment