PENYATUAN UMNO/PAS ITU MEMANG BAIK (tapi teliti tindak tanduk mereka terhadap bangsa lain sebelum ini!)


Sabtu Disember 19.2015
OLEH: ISMAILY BUNGSU

SEPERTI Abang adik Najib dan Hadi Awang musuh ketat  akhirnya jadi kawan demi kepentingan?
JIKA niat demi bersatu/ummah, itu sesuatu yang baik dan hanya orang tak siuman saja bakal menolak, tetapi dalam bersatu itu kita kena lihat segala tingkah mereka yang mahu bersatu itu sebelum ini.
Misalnya kita perhatikan sikap pemerintah terhadap yang bukan islam/bumiputera di Sabah dan Sarawak, apakah mereka benar-benar  dapat keadilan yang diperjuangkan sesuai dengan ajaran agama Islam itu sendiri atau sekadar KURAPAK-OMONG-OMONG kosong?
Kenapa Najib yang pimpin UMNO bersatu dengan PAS dan demikian juga PAS bawah pimpinan Hadi Awang? Kasus ini harus menjadi titik mula kita bicarakan di sini.
Najib memang tersepit dan dia sendiri serba salah sebab dia sebenarnya tidak begitu yakin kepimpinan BN lain seperti PBS, UPKO, PBRS- LDP dan termasuk parti-parti  dari Sarawak, juga MCA dan MIC dan Gerakan.
Dalam kepalanya jika Sarawakian dan Sabahan menolak BN, maka jelas BN akan tersungkur sebab BN hanya menang leih 33 kerusi MP sedang Sabah dan Sarawak ada 56 kerusi atau lebih dari itu jika benar ada tambahan kerusi MP di kedua negeri berkenaan.

Dalam UMNO Najib sendiri hadapi ruang sulit bukan saja di kalangan ahli2 parti di UMNO sendiri, malah di peringkat BN sendiri akan bermasalah kesan MCA, MIC juga terang-terangan menolak PAS yang perjuangkan HUDUD dan jika ini diperjuangkan terus-terusan maka kemungkinan kaum cina dan India akan meninggalkan BN dan kerana itulah NAJIB usaha berpaut dengan PAS untuk selamatkan diri dan UMNO itu sendiri, tetapi saya melihat bukan semakin membaik akan banyak masalah menjelang PRU-14 yang tinggal 2 tahun lagi.

Sementara dalam PAS juga kita lihat keadaan semakin susah sebab PAS sendiri sudah terbagi dua dimana ahli-ahli PAS sendiri kalangan professional sudah meninggalkan parti atas nama AMANAH dan ini kelihatan parah.

Sebenarnya soal penyatuan UMNO PAS ini memang sudah lama diinginkan oleh Hadi sebab ketika Nik Aziz berkuasa di Kelantan, itu sudahpun diusahakan tetapi tidak menjadi sebab NIK Aziz tahu benar sikap UMNO dan itu sebab ia keluarkan kenyataan " jangan sampai dipatuk kedua kalinya" dan apakah kita lupa yang PAS sendiri pernah bergabung dengan UMNO dan apa sudahnya?

Seperti yang saya perkatakan, bahawa penyatuan ummah ini memang baik dan saya setuju, tetapi kita kena lihat juga soal kepimpinan itu dan apakah kepimpinan yang KORUP hingga negara dalam keadaan susah kesan hutang yang banyak sangat disamping ekonomi mencekek leher rakyat hingga bernafas seperti dalam lumpur?

Dalam kepimpinan sekarang, apakah benar kaum lain selain Melayu terbela termasuk Melayu yang bukan dalam BN? apakah Sabah dan Sarawak yang kaya hasil terbela dan kenapa Sabah yang kaya jadi no satu termiskin dan Sarawak yang juga kaya termiskin termasuk Kelantan dan Trengganu yang banyak menghasilkan sumber berasas minyak?

Kita kena fikir demikian dan apakah dengan cara PAS menyatu akan dapat atasi semua perkara dan apakah PAS layak menjadi penasihat UMNO/Najib sedang PAS sendiri hancur berkecai dan menasihati apa pula sedang UMNO lagi gah kononnya untuk dinasihati.

Sebenarnya penyatuan kedua parti ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk kepentingan diri dan parti dan demi seluruh bangsa agama itu adalah karut kesan masing-masing ada agenda yang tersendiiri sebab sebelum inipun kita sudah tahu apa tidakan Najib sebenarnya yang jauh beda dengan kepimpinan UMNO sebelum ini.

Kemudian dalam PAS sendiri tentu tidak akan lupa penganiyaan UMNO selama ini yang menekan Kelantan dan Trengganu kesan wang Ihsan minyak yang dicuri dari perut bumi mereka hingga mereka hidup merasa dan susah.

Mari kita bincang kemungkinan yang kekadang apa yang bakal terjadi di luar jangka kita.
Salam ukwah!

ULASAN  KETUA BIRO-WARTAWAN KANAN
THE SABAH INSIDER.NET (KUALA LUMPUR)
KAMARUDDIN ZAMAN

Dr  Mahathir:…….Kami Ingin Lihat UMNO-PAS Bergabung, Tapi...




BAGI pandangan Wartawan Kanan Portal  The Sabah Insider.Net mengenai isu penyatuan  UMNO dengan PAS Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai masalah sekiranya Umno bergabung dengan seteru ketat politik mereka, PAS.

Walau bagaimanapun, mantan Perdana Menteri itu berkata, masalahnya adalah dengan kepimpinan Umno yang banyak menimbulkan isu-isu negatif isu perkauman misalnya penipuan duit rakyat 1MDB dan RM2.6 billion  kini telah menjadi isu hangat di kalangan rakyat sendiri.

"Kita suka jika Umno dan PAS bergabung tetapi masalahnya adalah kepimpinan Umno," kata Mahathir yang dipetik oleh portal The Sabah Insider.Net

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ‘suasana mesra’ di antara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Mahathir pengkritik paling lantang Najib, sebelum ini, memberi amaran bahawa Umno bakal tumbang pada pilihan raya akan datang jika Najib kekal menerajui parti Melayu itu.

Beliau menuduh Najib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan banyak melakukan kesilapan khususnya berkaitan dengan isu 1MDB dan derma politik RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadinya.

Najib menafikan sebarang salah laku itu dan mendakwa terdapat konspirasi untuk menjatuhkannya.

Semalam, perdana menteri dan Hadi berkongsi pentas yang sama pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 di Kuala Lumpur.

Kata Mahathir lagi kini Kerajaan BN berhasrat hendak membatalkan senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  membabit nama-nama penerima yang terdiri daripada ahli-ahli pembangkang seramai 2 juta membabitkan DAP-PKR dan Amanah.

Selain itu kerajaan juga akan mengarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada tahun depan akan membatalkan  permit-permit atau sijil terhadap tiga parti pembangkang di negara ini iaitu DAP-PKR dan AMANAH.

Para pemimpin UMNO tidak mahu di negara ini mempunyai parti pembangkang kerana sering mengganggu gugat cadangan-cadangan dan kehendak-kehendak kerajaan UMNO/BN.


No comments:

Post a Comment