PUSAT KHIDMAT RAKYAT DAP SEMAKIN MENYERLAH MEMBANTU SELESAIKAN MASALAH RAKYAT

Friday December 04.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sebagai parti pembangkang bukan kerjanya asyik membangkang saja seperti pendapat ahli-ahli politik pro kerajaan  wakil rakyat pembangkang yang telah diberi mandate rakyat memenangi kerusi pada PRU juga mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk membelah rakyat yang bermasalah di kawasan yang diwakili mereka.

Contohnya Pusat Khidmat Rakyat kelolahan Pejabat Parlimen Sandakan yang diwakili oleh DAP ia juga telah memainkan peranan proatif dam inovatif bagi membantu rakyat yang berdepan pelbagai masalah khusus yang ada kaitan dipesekitran.

Walaupun pembangkang tidak mampu memberi peruntukan untuk membela nasib rakiyat akan tetapi bagi membantu rakyat banyak kaedah dan alternative lain boleh di salurkan.
 
Contohnya peranan yang dipraktikan oleh Pusat Khidmat Rakyat yang diketuai oleh Pegawai Khas 1 Pejabat Parlimen Sandakan iaitu Amsi Liew selain membantu bagi sumbangan makanan kepada warga emas, membantu warga miskin tegar bahkan  juga membantu menyelesaikan masalah kebersihan alam sekitar.

Pagi kelmarin pihak Pusat Khdmat Rakyat DAP telah membawa Syarikat konsisi kerajaan ialah ia Syarikat Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd dengan sebuah jentera Beco  membantu membersihkan kawasan  Flat Bangunan Hap Hing  berdepan dengan Komples Polis Jalan Pantai.

Kata Amsi longkang dan  saliran pembentungan  najis yang juga tersumbat  dan di persekitaran yang kotor sudah sekian lama tidak pernah dibersihkan akhirnya kini telah beres semuanya.


“Saya bagi pihak Ahli Parlimen Sandakan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kontraktor Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd kerana memberikan kerjasama untuk membersihkan di sekitar kawasan flat berkenaan” katanya.

No comments:

Post a Comment