AKTA NSC LAGI ZALIM ( banding hukuman komunis + yahudi)


Friday December 04.2015

OLEH: ISMAILY BUNGSU

DATO Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak UMNO/BN  sudah tahu mereka dalam bahaya. Musuh bukan saja di luar parti malah di dalam parti.

Najib UMKNO/BN  akan lakukan apa saja demi terus pertahankan kuasa dan pertahankan silap laku yang selama ini dia lakukan memang salah, tetapi dia diselamatkan oleh kaki ampu  kaki bodek yang melampau.

Dia tahu sebelum dan sesudah PRU-14 akan ada bermacam-macam  hal kesan ketidakpuasan hati rakyat pelbagai dan kesan dia tahu maka dia buat persiapan mencipta segala macam AKTA meski sudah ada akta SOSMA dan POTA serta HASUTAN dan yang jelas dia masih tidak yakin dan ia cipta lagi AKTA/undang-undang paling zalim dan laknat iaitu undang-undang  NATIONAL SECURITY COUNCIL Bil 2015.

Hakikat jelas undang-undang  berkenaan akan memberi kuasa kepada Majlis Keselamatan Negera yang pengerusinya Najib sendiri dan sebagai pengerusi dia berhak mengasytiharkan darurat tanpa kelulusan YDPA.

Ketika darurat nanti MKN bawah telunjuk seorang Najib berhak mengarahkan pihak-pihak berwajib menahan sesiapa saja yang dia mahu dan ini jelas satu tindakan yang cukup kejam dan jahat mengalah hukum dan undang-undang yang komunis dan yahudi laksanakan.

Seperti yang saya katakan segala macam AKTA ini semuanya berniat mempertahankan kuasa Najib/BN dan kelihatannya rakyat kena diam, tunduk dan membiarkan mulut dijahit dan tangan di ikat dalam penjara kawat besi.

ULASAN EDITOR

Sesiapa saja di kalangan orang-orang kuat UMNO/BN yang terang-terang melakukan dan terlibat dalam pelbagai skendal seperti pecah amanah rasuah 80 peratus mereka terlepas dari dikenakan tindakan undang-undang  dan terlepas begitu saja.

Sebabnya Najib ada kuasa mutlak kalau ahli-ahli UMNO bunuh orang sekali Najib boleh arahkan Ketua Polis Negara membebaskan orang itu.

Sesekali jangan pula ada yang engkar arahan Najib nanti jadi mangsa keadaan.


5,000 ketua-ketua cawangan daripada lima  negeri yang  dikatakan mendesak Najib suruh berundur jika tidak berjaya rancangan mereka sudah pasti 5,000 ketua-ketua cawangan UMNO yang terlibat itu akan dibuang daripada UMNO ini bukan dasar UMNO  ini dasar Najib.

No comments:

Post a Comment