Monday December 14.2015
Siti Nordiana berjaya menewaskan
lima peserta akhir lain iaitu Farahdhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet
Child dan Ezad Lazim - Foto The Sabah Insider (Bahagian Hiburan)
OLEH: KAMARUL ZAMAN
KUALA LUMPUR:-Ramai di kalangan peminat penyanyi Siti Nordiana dari mula lagi sudah menjangkakan bahawa juara
Gegar Vaganza -2 pasti akan jatuh ke
tangannya.
Ramalan demi ramalan para peminatnya ternyata menjadi
kenyataan Siti Nordiana diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program
Gegar Vaganza musim kedua yang diadakan secara langsung di auditorium Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini pada Ahad.
Siti Nordiana berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farah Dhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezad Lazim sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.
Siti Nordiana berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Farah Dhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezad Lazim sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.
Penyanyi itu memberikan persembahan mantap membawakan lagu Putus Terpaksa,
nyanyian asal Ziana Zain dan lagu battle Awak Kat Mana yang dinyanyikan
secara duet dengan Acong.
Siti Nordiana turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik pilihan penonton
yang melayakkannya menerima wang tunai RM5,000.
Sementara itu tempat kedua dimenangi Farahdhiya dengan menerima habuan wang
tunai sebanyak RM50,000 manakala Ezad di tempat ketiga dengan ganjaran wang
tunai RM30,000.
Tempat keempat dimenangi oleh Nassier yang menerima wang tunai sebanyak
RM15,000 dan tempat kelima dimenangi Acong membawa pulang RM10,000.
Walaupun berada di tempat akhir, Haiza tetap membawa pulang hadiah wang tunai
sebanyak RM5,000.
Kesemua peserta turut menerima trofi
masing-masing.
No comments:
Post a Comment