HATI-HATI MULUT BERBICARA JANGAN PANDANG RENDAH KERJA CUCI JAMBAN-TUKANG PUNGUT SAMPAH



Saturday December 26.2015

JANGAN PANDANG RENDAH.....Orang tukang cuci jamban

CORETAN DARIPADA: NURLIAYANA ABDULLAH




TERLAJAK perahu boleh diundur tapi kata-kata pasti singgah di hati buat selamanya.

Meskipun  tukang tandas dan lain-lain  itu kamu anggap jawatannya kecil tapi Allah akan balas budinya segunung intan.

Meskipun  jawatan kamu tinggi melangit tapi mulut akal tak senonoh pasti siaplah di akhirat nanti balasannya.

Usaha jaga mulut dan bersihkan hati selalu dan jangan ego takbur kesan tinggi pangkat.

Kebencian orang bawahan kekadang tidak kita tahu kesannya tapi di belakang tanpa kamu tahu selalu menjadi umpatan dan hinaan.

Walaupun  ada  yang diam tak semestinya kalah atau takut tapi ada masanya kelak bertindak diluar jangka dan sampai juga waktunya diketahui langit tinggi rendah.

ULASAN EDITOR


Memang sudah menjadi kebiasaan lumrah hidup manusia di dunia ini  78 peratus terlalu melihat kebendaan darjat dan pangkat.

Sebagai kesimpulannya walaupun seseorang itu pekerjaannya hanya tukang cuci jambatan  tetapi kerja mereka halal ini merupakan juga satu ibadah.

Begitu juga seorang pekarja sebagai tukang sapu di jalanan dan tukang pungut sampah walaupun mereka dipandang jijik dan pandang hina oleh masyarakat namun pendapatan gaji mereka sebulan mencecah ribuan ringgit.

Ini terbukti orang-orang yang bekerja sebagai tukang pungut sampai guna lori Majlis- Majlis Perbandaran jangan hina mereka tukang pungut sampah berbau busuk tetapi gaji mereka mengalahkan kerani yang kerja duduk dikantor.

Mereka mampu beli kereta baru ada yang guna double cap Toyota orang hairan kenapa tukang angkat sampah mampu beli kereta seumpama itu yang bayaran ansuran bulannya tidak kurang RM800.00 hingga  RM1,000.00.


Sebab gaji pokok (basic Salary)  mereka sebulan ada yang mencecah RM1,500.00 campur overtime begitu begini mahu juga jumlah kesemuanya RM2,500.00  sudahlah begitu mereka ada kebun sawit jadi jangan terlalu memandang rendah orang-orang jadi cuci jamban atau tukang pungut sampah kehidupan mereka lebih baik daripada kerja jadi wartawan.

Perkara ini terkena pada diri saya sendiri bila mana saya dimasukan ke wad aras 4 Hospital Duchess of Kent Sandakan layanan yang diberikan terhadap saya tidak begitu memuaskan oleh segelintir jururawat.

Setelah mereka mengetahui latar belakang saya sebab setiap kali Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong, Ketua Wanita UMNO Sandakan Noraini Sulung dua tiga orang taukey-taukey cina rakan-rakan daripada DAP-PKR-PAS dan UMNO yang  lain tidak putus-putus melawat saya.

Doktor dan beberapa Staff Nurse merasai hairan kenapa pesakit seperti saya yang kelihatan sengkek tetapi ramai kawan-kawan yang mempunyai jawatan tinggi melawat saya.

Salah seorang bertanya kepada pelawat kenapa ramai yang melawat dengan Saimon apa kedudukannya kata orang itu dia bekerja sebagai wartawan.

Setelah mereka mengatahui kedudukan saya barulah lain-lain nurse yang agak sombong bertukar menjadi peramah 4 bulan saya keluar masuk di wad itu layanan yang diberikan cukup memuaskan.

Disitulah saya terfikir rupa-rupanya  orang suka pandang darjat dan pangkat saja sehingga saya berkawan baik dengan dua orang doctor  dan beberapa orang Nurse.



No comments:

Post a Comment