Sunday December 27.2015
OLEH:
NURLIAYA ABDULLAH
HANYA
sisa beberapa hari saja lagi kita akan berada di tahun 2016. Makna sesudah itu
nanti kita hanya tinggal 4 tahun berada di tahun 2020.
Tahun
2020 dijadualkan Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju, makmur dan
senang dan itulah visi yang pernah dilaungkan oleh Mahathir dan rakyat
Malaysia.
Dalam
keadaan hutang berlambak, apakah benar Malaysia akan maju dan hebat di mata
dunia?
Hutang
negara mendekat 900 bilion dan skandal di sana sini kian menjadi-jadi kesan
dana Malaysia terkeluar ke mana-mana secara haram tanpa tahu kabinet negara
kerana hanya seorang PM saja yang bertindak.
Bila
seorang PM bertindak yang mungkin atas nasihat isterinya maka demikianlah
hakikat Malaysia hadapi di sana sini banyak sangat masalah mengikat yang
kesannya dalam bahaya masa depan negara bangsa.
Bila
memikirkan sisa 4 tahun lagi ke wawasan 2020 maka jelas keinginan itu akan
gagal, bukan saja gagal malah Malaysia akan jatuh ke bawah lebih teruk banding
negara Mynmar, Filiffina, Indonesia, Vietnam yang dulunya di bawah Malaysia.
Kejatuhan
harga minyak yang merupakan sumber pendapatan negara menyebabkan Malaysia
menjadi sukar dan tambah sukar bila ringgit jatuh dan lagi papa rakyat
menderita bila GST dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Kesan
masalah ini mengikut bank negara sekitar 9000 orang pekerja telah diberhentikan
sepanjang hingga september 2015 dan menurutnya lagi hingga sekarang sekitar
setengah juta orang di Malaysia menjadi penganggur makna meningat 22% atau
85,000 orang berbanding bilangan penganggur september 2014.
Dan
menurut berita sekitar ribu pekerja industri petroleum akan diberhentikan dan
ini tidak boleh dipandang remeh.
Kos
kehidupan di bandar memang agak tinggi banding gaji yang tidak meningkat
terutama di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu dan ini menyebabkan rakyat marah dan
bila di kawasan bandar pekerja akan diberhentikan maka jualan barang dan
perkhidmatan akan berkurang sekitar 50%.
Kehilangan
jualan itu akan memberikan impak yang cukup hebat terutama peniaga-peniaga industri kecil dan sederhana( IKS) dan kesani
akan lebih ramai menjadi penganggur.
Berdasarkan
apa yang dijelaskan maka wawasan 2020 yang dicanang oleh Mahathir hanya menjadi
mimpi indah yang bertukar ke mimpi ngeri dan menyakitkan.
Lalu
siapa saja yang harus disalahkan kesan ketidakcekapan pemimpin negara?
Kita
lihatlah nanti dan baying-bayang dukalara hidup rakyat sudah jelas kelihatan
meski di Tv selalu memperkatakan yang baik-baik padahal hakikat nyata sekarang ini telah
rakyat
ULASAN EDITOR:
Bagi ahli-ahli UMNO/BN yang terlalu taksub dengan kepimpinan
Najib mereka tak kenal erti kesengsaraan dan kepritan hidup seharian soal
barangan mahal dan GST bagi mereka tiada masalah walaupun kehidupan mereka
sengsara asalkan jangan sekali-kali durhaka terhadap kepimpinan Najib mereka/
ahli-ahli UMNO/BN tetap setia sampai mati.
Soal kemiskinan kehidupan yang membelenggu mereka itu soal
nombor dua, kita tidak pernah dengar ahli-ahli
UMNO-BN ada yang mengeluh soal kenaikan harga barang melambung tinggi mereka
tetap akur juga.
Tambahan lagi dikhbarkan esok hari Isnin bersamaan tanggal
28hb Disember 2015 semua pejabat UMNO dan pejabat-pejabat parti komponen
Barisan Nasional (BN) seperti MCA-MIC-Gerakan-PBS LDP-PBRS dan UPKO dibuka dari
jam 9.00 hingga 4.40 pm selama 4 hari hingga
1hb Januari 2016 di mana wakil-wakil Rakyat BN/UMNO akan mengagih-agihkan
bantuan kewangan setiap ahli akan menerima RM2,000.00 hingga RM3,000.00 untuk
perongkosan persekolahan tahun depan.
Nampaknya segar-bugar hali-ahli UMNO-BN dapat pulus durian
runtuh daripada Wakil-Wakil Rakyat BN/UMNO pemberian RM2,000.00 hingga
RM3,000.00 itu termasuk PATI yang mempunyai mykad seperti warga Nepal,
Banglades, Indonesia-Pakistan dan
Filipina mendapat keutamaan daripada kerajaan Barisan Nasiona sebagai membalas
budi mereka kerana mereka mengundi BN pada PRU13 lalu.
PATI adalah simpanan deposit BN/UMNO maka PATI tergolong
paling istimewa tinggalkan di Malaysia
semua rakyat Malaysia khususnya hali-ahli BN/UMNO dapat kemudahan merekapun
turut menikmatinya.
No comments:
Post a Comment