MENGGUNAKAN TIANG RUMAH UKURAN 3"x3" DAN 4"x4" PUNCA MUDAH RUNTUH RUMAH PPRT-BPR

Monday December 07.2015

SUDUT PANDANGAN EDITOR
SHAIMON S JUMADI

GAMBAR HIASAN.....Mantan mengsa rumah runtuh dikampung Air Sandakan pada tahun 2013 (Gambar Sabahkini)

TERDAPAT beberapa factor rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan melalui program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Bantuan Perumahan Rakyat (BPR) kedua-duanya di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui agensinya FELCRA kenapa  mudah runtuh.

Dalam tinjauan saya yang mewakili media portal Sabahkini dan The Sabah Insider sama ada di Kampung Air Semporna dan juga Kampung Air Sandakan mendapati struktur tiang rumah berkenaan hanya  sebesar antara 3”X3” dan 4”X4” saja.

Makanya pembinaan rumah-rumah di bawah dua program berkenaan tidak kukuh ini adalah disebabkan struktur tidak kuat itulah kebanyakannya rumah-rumah yang dibina diatas air mudah runtuh menyembah bumi.

Rakyat sering bertanyakan tentang rumah-rumah tersebut yang mudah ruboh itu  ramai juga orang telah menyalahkan bulat-bulat kepada kontraktor yang mendapati kontraktor yang  membina rumah-rumah tersebut telah melakukan satu penyelewengan.


Disebabkan kontraktor-kontraktor yang membina rumah-rumah yang dimaksudkan itu mahu mendapat untung besar maka mereka tidak memikirkan langsung soal kualiti tidak mengikut piawaian (spesifikasi) yang sebenar sanggup menggunakan tiang belian berukuran saiz antara 3’X3” dan 4”X4” sahaja sebagai tiang utama sebanyak 6 batang untuk sebuah rumah.

Pembinaan rumah di daratan tidak sama membina rumah diatas air, membina rumah di daratan main ampai saja rumah tidak menggunakan tiang yang diperlukan, ada juga rumah dibina didarat menggunakan tiang yang diperbuat dari pada simen setinngi hanya  2 hingga 3 kaki sahaja.

Rumah PPRT dan rumah BPR yang di bina di Kampung Air Semporna dan kampung Air Sandakan sejak tahun 2012 mulai ruboh  mujurlah dalam insiden itu tidak  membabitkan nyawa terkorban.

Baru-baru  ini rumah runtuh kebumi yang berlaku di Kampung Silakan Semporna rakyat tidak  harus  pihak kementerian yang meluluskan projek itu yang harus dipersalahkan ialah pihak kontraktor kerana memikirkan keuntungan yang besar tanpa memikirkan implikasi dan risiko tentang kedudukan  pembinaan rumah-rumah tersebut.





No comments:

Post a Comment