HAKIM MAHKAMAH TIDAK ADIL BUNUH Perompak Kerana Pertahankan Diri… Zulkifli Bakal DIGANTUNG MATI? Dimana Keadilan..!


Thursday December  31.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 BAKAL DIHUKUM....Gantung Sampai Mati kerana mempertahan diri.

NAMPAKnya Hakim Mahkamah Tinggi dan para Juri sekarang main hentam keromoh bila menjatuhkan hukuman terhadap seseorang sama ada sabit keselahan atau sebaliknya.
Kisah terbaru di mana Zulkifli 50 yang membunuh  sampai mati seorang perompak kerana ingin mempertahankan nyawa sendiri termasuk nyawa keluarga serta menyalamatkan harta benda bakal menerima hukuman gantung sampai mati.
Zulkifli dari Kampung  Labohan Kartih Terangganu  yang ditahan reman atas perintah mahkamah di bawah seksyen 304.2  kemudian dibebaskan atas ikat jaminan  RM15.000 berapa hari saja keluar daripada tahanan  reman lantas ditahan semula di bawak seksyen 302 atas tuduhan Mahkamah dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Yang paling menyedihkan sekali kes tukar ke seksyen 302 jika sabit kesalahan boleh DIGANTUNG SAMPAI MATI. Tidak cukup dengan itu tambah lagi bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan.
Ini jelas Hakim Mahkamah dan para Juri  sekarang ini suka mempersenda-sendakan undang-undang dengan niat sesuka hati kalau mahu menjatuhkan hukuman walaupun pada dasarnya kesalahan atas membunuh perompak sebagai penjenayah yang amat berbahaya untuk mempertahan dirinya serta keluarga bakal menerima Hukuman Gantung Sampai Mati di mana letaknya keadilan
Rakyat di Negara ini sudah hilang rasa hormat dan keyakinan terhadap Hakim Mahkamah dan para Juri kerana suka memperlekihkan undang-undang
Tentang kes  Zulkifkli itu akan dibicarakan semula di mahkamah yang dijadualkan bersidang pada 24 Januari depan. Sekitar 23 hari dari sekarang. Jika sebelum ini ketika direman 14 hari, keluarga tak dapat berniaga makanan malah diceroboh lagi rumah dengan beberapa kecurian dari penagih dadah yang makin bertambah di kawasan sekitar, apakan pula yang berlaku selama 26 hari sebelum perbicaraan ini?
Apa mahkamah mahu menanggung isteri dan anak-anak hero ini? Apa undang-undang mampu menyelamatkan 4 beranak ini yang pada bila-bila masa pintu nipis rumah itu ditendang dan dimasuki perompak?
Buat masa ini kami sangat terkedu dengan apa yang berlaku. Sangat sedih dan terperanjat.
Perbicaraan pada 24 Januari nanti berlangsung pada hari Ahad, dimana Ahad merupakan hari bekerja di Terengganu namun hari cuti buat kebanyakan negeri. Kami mengharapkan agar para pembaca sudi bersama kami menyatakan solidariti buat keluarga Zulkifli dengan hadir ke perbicaraan tersebut di Kemaman, Terengganu.
Maka mohon 3 perkara dari kalangan pembaca yang dihormati sekalian. Pertama, sebarkan seluasnya berita ini, raih simpati semua orang untuk membela nasib Zulkifli dan keluarga.
Ketiga, bersiap sedia untuk memberikan sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga ini bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
SALAHKAH PERTAHANKAN DIRI DI MALAYSIA?

Di dalam kaedah hukuman jenayah Islam, pembunuh yang membunuh tanpa sengaja atau membunuh tanpa niat, apatah lagi demi untuk mempertahankan diri hanyalah dikenakan ‘diat’ yang mana diat adalah denda yang wajib dibayar kerana kesalahan jenayah sebagai ganti qisas. Antara kesalahan yang diwajibkan hukuman diat sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur fuqaha ialah:
1- Membunuh dengan sengaja lalu ia dimaafkan oleh waris orang yang dibunuh
2- Membunuh tanpa sengaja, seperti membunuh perompak yang cuba membunuh kita
3- Membunuh seperti sengaja, seperti niat ingin membunuh tetapi tidak menggunakan alat yang boleh membunuh. Contohnya menggunakan telefon bimbit untuk memukul kepala si mati.
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah mensyariatkan hukuman diat sebagaimana firmanNya:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا ۚ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Maksudnya: “Dan tidak pantas bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali kerana tersalah tidak sengaja. Dan barangsiapa membunuh seorang mukmin kerana tersalah, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh), kecuali jika mereka (keluarga terbunuh) bersedekah. Jika ia (si terbunuh) dari kaum (kafir) yang ada perjanjian (damai) antara mereka dengan kamu, maka (hendaklah si pembunuh) membayar diat yang diserahkan kepada keluarganya (si terbunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehnya, maka hendaklah ia (si pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk penerimaan taubat dari pada Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana…” (surah an-Nisa’: 92).
Antara maqasid syariah di dalam pensyariatan hukuman diat adalah demi untuk merealisasikan keadilan di antara sesama manusia. Islam bukanlah agama yang zalim. Islam tidak menghukum seseorang itu berdasarkan kecuaian dan juga ketidaksengajaannya, sebagaimana yang disebut di dalam satu hadith:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ إِنَّ اللهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ (رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه)

Maksudnya: Dari Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW bahasawanya baginda telah bersabda: “Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku kekeliruan, kealpaan dan apa-apa yang dipaksakan terhadap mereka…” (hadith riwayat Ibnu Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

No comments:

Post a Comment