Tuesday December 29.2015
SUNGAI CETEK....Tapi berbahaya
OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com
Bercakap di air tentang terjun atau sungai-sungai yang
cetek di mana sebatang sungai yang agak terpanjang selain sungai Kinabatangan yang menembusi
kuala sungai Labuk iaitu sungai
Maliau dan sungai Nelapak.
Sungai Nelapak yang banyak
lingkarannya merupakan air yang jernih ia memang paling sesuai untuk tempat
beriadah tempat berkelah tetapi sayang sekali sungai itu tiada orang yang pergi
bermandi manda apa lagi kitapun tidak kelihatan ada perahu kepunyaan orang
kampung Nelapak dan Kg Nunuk Ragang yang berhampiran.
Biasanya kalau sungai
seumpama itu adalah tempat mencari ikan dan pelbagai spisis habitat hidupan air
tawar sebagai sumber hasil pendapatan
orang-rang kampung berkenaan sama ada dipasarkan atau untuk makan sendiri.
Dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu saya sempat singgah
sebentar di Kampung Nunuk Ragang
dibelakangnya ialah terdapat sungai Nelapak.
Saya bertanyakan salah
seorang penduduk Kampung Nunuk Ragang kenapa tidak kelihatan sebiji perahu
orang kampung untuk memancing atau menjala udang.
Kata mereka sungai itu
memang cetik tetapi banyak orang sudah mati lemas disebabkan oleh hantu air
(gelap) kedua pernah satu hari beberapa orang Jabatan Hutan berkemah di tepi
sungai itu tidak semana-mana tiada hujan tiada angin tiada rebut tiba-tiba air
dari ulu datang dengan deras macam kelombang mujur mereka sempat naik kedarat
untuk menyelamatkan diri kalau tidak sudah tentu mereka semua mati dihanyutkan
air deras yang tidak diduga tiba-tiba datang itu.
Inilah puncanya lima keluarga
mati lemas akibat didatangi air deras datang dari ulu.
No comments:
Post a Comment