KESAN POLITIK AKHIRNYA BAHASA MELAYU JADI ,MENGSA KEHANCURAN

Saturday December 05.2015

OLEH: ISMAILY BUNGSU

KEKADANG kesan politik istilah Melayu dijadikan mangsa meski semuanya kita ini dalam rumpun Melayu kecuali India dan China yang punya tamadun yang paling hebat di dunia.

Definasi Melayu dalam perlembagaan menyatakan Islam dan amal adat melayu itulah yang membawa padah kerana melayu dari segi akademik memang tidak islam sebab Melayu sudah ada di Tanah Melayu sebelum Islam bertapak di tanah Melayu.

Saya sebenarnya tidaklah bangga bila disebut bangsa Melayu sebab hakikat bangsa akan hilang dan saya hanya bangga kerana saya beragama Islam.

Kesan politik juga bahasa Melayu terus dipersoalkan di sana sini dan bolehlah dikatakan melayu itu menjadi mangsa kesan ketaksuban terhadap politik yang banyak merosak budaya bangsa kita.

Rugikah kita menggunakan bahasa Melayu dan apakah seluruh rakyat di Malaysia ini tidak tahu berbahasa Melayu banding bahasa asing?

Selama ini baik di kampung atau di mukim desa jauh di pedalaman, adakah mereka berbahasa Inggeris?
Peranchis, Korea, China, German malah Russia tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mereka, tetapi negara berkenaan lagi maju dan tidak mundur banding negara bukan asal inggeris menggunakan Inggeris sebagai bahasa rasmi.

Cuma kesilapan pemimipin kita di Sabah ini dulu tidak pernah mengindos soal bahasa ini dan enakmen yang ada hanyalah bahasa Melayu rasmi di Sabah hanya untuk DUN dan kabinet Negeri melalui satu enakmen pada tahun 1973 di zaman parti perikatan memerintah di Sabah.

Budaya kita memang jelas bahawa untuk masuk ke rumah orang kena ketuk atau beri salam dan seharus cadangan 1983 untuk melanjutkan Akta Bahasa itu di Sabah harus diindos di Dun Sabah tetapi kesan ketidakpekaan Yang Berhormat- Yang Berhormat  kita hingga sekarang bahasa Melayu itu diabai.

Benarlah kata dinda saya Cik Jairah Taha yang bahasa itu hanya digunakan oleh orang-orang  kecil dan yang orang besar guna bahasa Inggeris dan makanya soal bahasa ini tidak mereka peduli dan seolah tidak penting.
Begitulah bangsa kita!

ULASAN EDITOR

Kerajaan Negeri Sarawak berbeza dengan Kerajaan Sabah. Kerajaan Negeri Sabah memang mengutamakan Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan badan-badan berkanun harus menggunakan Bahasa Melayu.

Tetapi kerajaan Negeri Sarawak Bahasa Melayu tidak begitu penting dalan hal ehwal urusan rasmi kerajaan ia terlalu condong dan membangga-banggakan bahasa Enggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan dalam semua urusan rasmi.

Adakah Dewan Bahasa dan Pustaka akan campur tangan tentang isu penggunaan Bahasa Enggeris sebagai bahasa nombor 1 dalam semua urusan rasmi kerajaan Sarawak.

Dalam satu Negara sepatutnya kerajaan Sarawak ditakbir oleh Ketua  Menteri Adnan Saten perlu mengikut jejak kerajaan Sabah untuk merealisasikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri bahasa kebangsaan.




No comments:

Post a Comment