Tuesday December 29.2015
NUKILAN: ISMAILY BUNGSU
MPS kenakan bayaran Parking Fee Setengah Jam RM22.00
MEMBACA
nota adik saya Ariah
Judah menjadikan saya
terperanjat dan kelihatannya ada sesuatu yang tidak lojik dan jika benar Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) kena kaji dan siasatan.
Di
mana saja lojiknya kala letak kereta (Parking Space) di Sandakan dikenakan bayaran
RM22 untuk waktu sekitar setengah jam dan bagi saya ini semacam makan tulang
dan jelaslah rakyat di sana kesihan sangat jika demikian.
Orang
Sandakan bukanlah semuanya kaya macam Musa Aman dan yang lain menteri atau YB
dan bayaran sejumlah seperti dikatakan memang MENGASAK RAKYAT kelihatannya dan
ini namanya melampau.
Dalam
beberapa hal, saya tidaklah sematanya menyalahkan majlis perbandaran sebab
Majlis kena cari sumberi untuk kos lain di bawah selia mereka dan kesan
kewangan dari Jabatan Ketua Menteri terlalu sedikit, maka terpaksa dilakukan
cara ini.
Kita
tahu segala cukai kastam, GST dan lain-lain dikutip oleh Kerajaan persekutuan
yang dimasukkan ke akauan negara dinamakan WANG DISATUKAN dan itu berjumlah
berbilion dan termasuk juga hasil minyak 95% mengalir ke Malaya dan orang-orang
tertentu.
Lalu
Sabah dan Sarawak yang luasnya beza sedikit saja banding Malaya dan keluasan
Perlis, Melaka sama macam daerah Semporna, malah kawasan Kinabatangan lagi
besar banding negeri-negeri lain di
Malaya.
Jika
Sabah dan Sarawak yang luasnya sama macam Malaya, sedang peruntukan diberikan
hanya sekitar RM4 bilion untuk lokasi yang besar itu maka sudah tentu tidak
cukup.
Memang
aneh Sabah dan Sarawak kedua negeri terkaya di Malaysia tetapi rakyatnya
termiskin no satu dan nombor empat dan bila bicara soal ini, sekali lagi saya
bertanya di mana keadilan itu sebenarnya?
Seperti
saya katakan awal-awal tadi yang saya tidak menyalahkan MPS tetapi kesan
peruntukan sedikit dan jika mereka tak berusaha maka itu boleh saja dikatakan
presidennya tak tahu berkerja dan untuk dikatakan bijak mengambil tindakan,
maka demikianlah dihentamnya poket rakyat tak kira miskin atau kaya.
Kesan
GST dan digasak lagi bayaran letak kereta, maka kesannya raklyat jadi papa
kedana dan samalah macam ulat hidup dalam batu. ya, ulat itu bisa saja hidup
tetapi hidupnya bagaimana. Sendiri lagi tahu hakikat sebenarnya.
ULASAN EDITOR:
BAYARAN letak kereta
(parking fee) setengah jam RM22.00 bagi masyarakat Sandakan terutamanya
ahli-ahli UMNO/BN bagi mereka masih murah itulah para kauselor (Ahli Majlis)
MPS yang mejoriti adalah terdiri ahli-ahli BN dan tiada seorangpun yang membantah tentang
kenaikan kadar bayaran tersebut.
Ini menunjukan rata-rata ahli-ahli UMNO/BN memang telah
setuju supaya bayaran parking fee dinaikan supaya rakyat Sandakan yang bukan
ahli UMNO/BN sengsara.
Jika benar dakwaan itu pihak MPS supaya mengkaji dan membuat
siasatan terperinci.
Kalau cara kerajaan BN/UMNO buat begini sudah pasti rakyat
Sandakan akan bertambah marah terhadap wakil-wakil rakyat BN/UMNO kerana
membiarkan perkara ini yang terang-terang menyusahkan rakyat.
Kerusi DUN Elopura DUN Karamunting DUN Tanjung Papat termasuk
kerusi Parlimen Sandakan bakal kekal milik DAP
yang mana kerusi tiga DUN itu
bakal milik parti Pakatan Harapan
menjelang PRU14 nanti.
Ini mainan Presiden MPS orang ramai mendakwa bahawa James
Wong adalah penyokong tegar parti DAP syabas James Wong kerana membuat rakyat
Sandakan marah dengan wakil-wakil rakyat BN/UMNO ini memberi peluang mutlak
kepada calon-calon Pakatan Harapan untuk menggondol ketiga-tiga kerusi DUN itu.
No comments:
Post a Comment