OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Selasa
15 November 2016
KEKADANG hairan juga mereka ini asyik memfitnah DS Shafie saja
seolah2 tidak ada lagi kerja lain yang harus mereka angkat/lakukan.
Yang saya sertakan konon
itu kenyataan DS Shafie Apdal sedang DS Shafie baru saja menghubungi saya dan
dia tidak pernah berkata sebegitu dan nota ini disebar secara berantai sejak
beberapa tahun lalu.
Nah, di sini sekali lagi
saya sebarkan dan jawab bahawa kenyataan itu tidak benar dan DS Shafie
menjelaskan yang ia tidak pernah menyatakan kata-kata itu makna apa yang
disampaikan adalah FITNAH semata-mata.
Seharusnya kerajaan Barisan
Nasional yang memerintah harus selesaikan masalah ini dan bukan menyalahkan
orang lain.
Kerajaan masih punya
laporan RCI itu dan Pairin secara tak langsung diamanahkan sedang ketua Menteri
duduki kerusi Keselamatan di Sabah, lalu apakah hal ini tidak dapat mereka
selesaikan tanpa libatkan Mahathir yang tidak lagi berkuasa?
Berhentilah bercakap dan
memfitnah termasuk mengaitkan soal PTI ini dan kerajaan harusnya bertindak dan
mengambil tindakan susulan kesan merekalah yang berkuasa.
No comments:
Post a Comment