PRU-14 IBARAT PANJAT KELAPA BERBUAH DAN TAK BERBUAH


Saturday December 26.2015

OLEH:  ISMAILY BUNGSU

DI Malaysia ini ada dua kerajaan, iaitu kerajaan Negeri dan kerajaan persekutuan. Kerajaan negeri hanya kuasa hal-hal tak penting iaitu hanya tadbir hal-hal tempatan sahaja.

Kerajaan persekutuan kuasai Jabatan pendidikan, Kehakiman, Imigresen, Polis, Tentera, SPR, Jabatan Pendaftaran Negara dan lebih penting semua hasil baik cukai kastam dan lain-lain  masuk ke akaun WANG DISATUKAN dan ini dikuasai oleh kerajaan persekutuan termasuk GST dan sekarang ini BN yang kuasai.

Kalau menang pilihanraya UMUM dan Negeri dikuasai oleh parti lokal dan tanpa menangi lebih 112 kerusi MP di Parlimen, maka itu sama seperti menangnya PBS dalam tahun 1985 yang akhirnya tidak dapat berbuat apa-apa.

Yang untung hanyalah YB-YB  yang menang di negeri berkenaan dan lebih untung bila mana YB-YB yang menang tadi sertai Parti BN dan rakyat akan sama juga seperti musim-musim lalu sebab kesan tidak dapat menumbangkan BN di peringkat Nasional.

Saya tak salahkan rakyat yang marah parti Malaya tetapi jangan lupa sejak merdeka yang memerintah Malaysia ialah parti Malaya yang ditunjangi oleh UMNO dan parti lain yang bersifat parti Nasional seperti PAKATAN HARAPAN tidak pernah memerintah Malaysia dan jangan pula kesan BN/UMNO parti nasional, lalu kita asyik terus menyalahkan PAKATAN HARAPAN yang belumpun teruji selama ini dikatakan PARTI MALAYA.

PAKATAN HARAPAN hanya diuji di negeri Selangor, Pinang dan Kelantan yang jelasnya meski di ketiga Negeri itu WANG DISATUKAN masih dikuasai oleh BN tetapi telah memperlihatkan satu pentadbiran yang terbaik rasuah menurun mendadak banding negeri-negeri bawah pemerintahan BN. Ini hakikatnya seperti dilaporkan oleh auditor negara.

DI PRU-14 akan datang, kita di Sabah ibarat siap mahu memanjat dua buah pohon kelapa. Salah satu pohon meski berjaya di panjat, tetapi di atasnya tiada berbuah itu makna SIA-SIA  saja samalah istilahnya jika tidak memenangi lebih 112 kerusi MP macam PBS menang tahun 1985. Masih tidak faham maksud saya?

Yang satu lagi mahu memanjat kelapa yang banyak buah, iaitu samalah ibaratnya memilih atau mahu memenangi lebih 112 kerusi MP. Nah, kedua ini sudah jelas maksudnya dan rakyat Sabah kena faham ini. Fahami dan fahami hakikat ini.

Saya tidak meminta Sabahan mengundi mana mereka mahu tetapi saya minta Sabahan berfikir beribu kali tentang kenyataan ini sebab memenangi lebih 112 kerusi MP maka parti itulah yang duduki kerusi Putrajaya dan jika gagal makna BNlah yang terus memerintah.

Segalanya ada di tangan Sabahan untuk menentukan segalanya sementara saya hanya menjelaskan hakikat akan kemudian hari tidak menyesal kesan penjelasan2 orang lain yang tidak benar kerana mahu meraih keuntungan peribadi dan selepas menang dan bertitle YB mereka cabut lari dan rakyat tidak mereka peduli.


No comments:

Post a Comment