FARIDAH MAHU JAKIM HAPUSKAN UNDANG-UNDANG ZINA BERI LALUAN UMAT ISLAM BERZINA?

UNDANG ATAU ANDANG-ANDANG?

OLEH: NURLIAYANA  ABDULLAH

BERMACAM kenyataan orang-orang tertentu terhadap apa saja yang mereka fikir tidak sesuai. Kadang-kadang cadangan-cadangan  itu bukan kerana kesan kesedaran tetapi kesan emosi dan banyak yang tidak boleh diterima akal.

Sebelum ini ada yang meminta JAKIM dihapuskan kesan ada tindakan-tindakan  JAKIM tidak benar dan ini boleh diterima akal tetapi yang tidak benar itu harus dibincang dan diperbaiki sebab hukum manusia ini bukan hukum Allah.

Paling tidak masuk akal konon undang-undang tangkap khalawat harus dihapuskan dan kalau sudah hukum itu dihapuskan, apakah kita ini bakal seperti anjing yang sesuka hati melakukan apa kehendaknya?

Seorang Datuk Faridah kata yang dia sejak remaja memang bebas lelaki datang ke rumahnya dan melakukan zina dan tiada masalah sebab itu hal peribadi.

Kemudian katanya lagi tiga orang anak-anaknya juga sama melakukan perkara sama dan seharusnya tidak sesiapa boleh menghukum kesan suka sama suka.

Jika kenyataannya itu benar dan bukan fitnah, maka jelas kehidupannya bukan sepertinya manusia sebalik sama macam keadaannya binatang.

Kita akui semua agama juga melarang zina, malah yang tidak beragama atau bukan islam juga melarang dan dikenakan sogit dan apa lagi yang Islam agamanya.

Jelasnya kenyataan Datuk Faridah ini, jika benar memang tidak masuk akal langsung sengaja mencari publisiti murahan untuk cepat terkenal dan secara tidak langsung itu memalukan dirinya dan keluarga yang mendokong kebebasan melakukan perbuatan sumbang bukan saja melanggar tata budaya kita malah melanggar ajaran semua agama di dunia.

Barangkali ada yang tidak benar cara dia berfikir dan perlu diperhatikan


No comments:

Post a Comment