KERAJAAN HENTIKAN ELAUN TAMBANG FERI 50% KEATAS LORI KINI JADI BEBAN...DAKWA WONG

Friday December 04.2015

OLEH ADMIN DAP

SANDAKAN:- Berhubung dengan isu elaun tambang feri 50% yang diberikan untuk lori keluar masuk Labuan kini dipertikaian

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong mendapat pengesahan daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Tengku Adnan bahawa, elaun tersebut telah dibatalkan sejak tahun 2015, kerana tujuan elaun tersebut untuk menurunkan harga barang kedua-kedua tempat tidak dicapai.


Wong bertanya menteri dalam sesi penggulungan bajet Kementerian Wilayah Persekutuan, mengapakah kementerian memaklumkan pengusaha lori pada bulan Disember tahun lepas dan menjamin bahawa elaun tersebut akan dikekalkan pada tahun 2015, tetapi pada bulan Jun 2015 pihak pengusaha pula menerima surat daripada agensi Labuan bahawa elaun tersebut telah dihentikan?

Wong berkata, masalahnya ialah, pihak kementerian tidak memaklumkan pihak pengusaha, menyebabkan pengusaha lori masih menggunakan harga elaun 50% dalam masa setengah tahun tersebut, tetapi kerajaan telah berhenti membayar elaun tersebut, akhirnya mereka terpaksa membayar sendiri dan mengalami kerugian sebanyak RM3juta, ini adalah tidak adil kepada pengusaha lori.

Wong menjelaskan, oleh kerana kerajaan memberikan elaun 50% diskaun, mengurangkan tambang feri lori dan seterusnya menurunkan kos pengangkutan dan juga harga barang, tetapi kerajaan membatalkan elaun tersebut pada tengah tahun.

 Jika kerajaan mengumumkan pembatalan elaun tersebut pada tahun lepas, maka pihak pengusaha dapat melaraskan harga supaya tidak mengalami kerugian yang besar.

Kini masalahnya ialah, adakah kerajaan sudi bertanggungjawab terhadap pengumuman tersebut, membayar ganti rugi kepada para pengusaha.

Wong juga mengemukakan surat kepada menteri dan minta agar memberi penjelasan dan bayar ganti rugi kepada para pengusaha. Menteri membalas bahawa pihak kementerian akan mengkaji dan jika mendapati para pengusaha benar-benar mengalami kerugian, maka kementerian akan membantu mereka.

Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah mengkritik, jika kerajaan berhasrat untuk membatalkan elaun, maka tidak patut berjanji kepada para pengusaha bahawa ia akan diteruskan pada tahun 2015.

Elaun tersebut telah dihentikan sejak bulan November tahun lepas, ini seolah-olah menipu para pengusaha untuk terus menggunakan harga elaun, ini bukan setakat masalah rugi atau tidak, tetapi kredibiliti kerajaan, kerajaan harus memberi penjelasan terhadap perkara ini.

Walaubagaimanapun, beliau berjanji akan terus menyusuli perkara ini.


Menurut jawapan menteri, elaun ini telah membelanja RM5.2juta pada tahun 2013, dan RM4.4juta pada tahun 2014. 

No comments:

Post a Comment