PENGARAH LKIM PERLU KEMBALIKAN HASBIE BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI LKIM WILAYAH 2 SANDAKAN

Friday December 18.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Para Nelayan khususnya ahli-ahli Persatuan Nelayan Sandakan (PNS) hari ini mendesak kepada Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) agar mengembalikan  atau menempatkan semula kedudukan  Habie Mukti (gambar) sebagai Pegawai LKIM Wilayah 2 Sandakan.
 
Memandangkan Hasbie adalah seorang pegawai yang amanah berdisikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugasnya untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah nelayan di daerah Sandakan maka perlu beliau ditempatkan semula bertugas di daerah ini, ini adalah permintaan dan desakan para nelayan setempat.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) kawasan Tawau bagi pihak para kaum Nelayan daerah Sandakan Datuk Mohd Jeffry Rosman (gambar) menyuarakan meminta kepada Pengarah LKIM agar memandang serius terhadap keluhan para Nelayan di sini yang mana mereka mahu Hasbie  dikembalikan untuk bertugas semula didaerah ini sebagai jawatan yang dimaksudkan itu.

“Saya percaya jika pihak atasan LKIM dapat mengembalikan Habie bertugas di daerah ini sudah pasti kedudukan para nelayan akan terjamin sepenuhnya untuk memajukan dalam industry prikanan yang berjaya” kata Jeffry dalam satu temuramah dengan Wartawan Kanan media portal online The Sabah Insider.Net malam tadi.

“Kita kesal  kerana Pengarah LKIM Sabah yang baru dilantik ini bukannya seorang yang bagus sangat  dan selalu menyalah guna kuasa  bagi kepentingan pribadinya jika perlu orang semacam ini tukar saja tidak perlu menunggu lebih lama duduk dikerusi sebagai Pengarah LKIM Sabah kalau suka menyusahkan para Nelayan saja” katanya lagi.






No comments:

Post a Comment