Tuesday December 08.2015
OLEH: KAMARUL ZAMAN
PETALING JAYA:- Berita
yang menjadi viral dimedia-media portal bilamana Pelakon dan Penyanyi yang hangat
diperkatakan bahawa Marsha Milan Londoh telah memeluk Agama Islam dia enggan
mengulas lanjut
Marsha, 30, berkata perkara itu tidak boleh
diulas buat masa ini kerana menganggap urusan agamanya adalah hak peribadi dan
bukan untuk perkongsian umum.
“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi
sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini
dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya.
“Bagi saya, setiap orang punyai privacy hidup
masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan
sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya kepada Kosmo!.
Spekulasi Marsha memeluk Islam bermula sejak
Julai 2014 tetapi dinafikannya, gadis kelahiran Kristian dari Tamparuli, Sabah.
Berita pertukaran agama hangat dikatakan
kembali selepas bintang Akademi Fantasia itu (pada 2005) dikatakan bercinta
dengan seorang lelaki Melayu pilihannya sejak sembilan tahun lalu.
Pelakon filem “Jwanita” ini berkata status
agamanya itu berat untuk dikongsikan kerana beliau percaya “tiada yang dapat
memahami keadaannya” buat masa ini.
“Sukar sebenarnya untuk saya berkongsi semuanya
kepada umum kerana tiada sesiapa memahami situasi yang sedang saya lalui,”
beliau dilaporkan berkata.
“Saya tahu apa yang terbaik untuk kehidupan
dan saya yakin apa jua keputusan yang dibuat adalah keputusan yang terbaik
untuk diri saya.
“Walau apa pun keputusan itu, saya masih
menjadi diri saya seperti sekarang.”
Katanya kepada Wartawan The Sabah Insider
Kuala Lumpur kalau dia (Marsha) jika benar-benar bersedia memeluk Islam dia
sendiri akan membuat pengumuman melalui sidang media kelak
No comments:
Post a Comment