Tuesday
December 02.2015
OLEH
KARARUL ZAMAN
KUALA
LUMPUR:- Para
pencinta seni lakonan tanah air sekali lagi telah dikejutkan di mana Seniwati Mariani atau Mariam Ismail meninggal dunia pada
pukul 7.32 malam ini bersamaan hari Selasa.
Berita berkenaan disahkan sendiri oleh anaknya, Melissa Saila melalui akaun Twitter.
"Bismillahirohmanirahim. Ibu saya Mariam @ Mariani Bt Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32," tulis Melissa.

Paparan
skrin milik Melissa Saila memaklumkan mengenai berita kematian ibunya.
Sementara itu menerusi laman Instagram, Melissa memberitahu
jenazah ibunya kini berada di rumahnya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini
sebelum urusan pengebumian diadakan.
Bagaimanapun, Melissa tidak memaklumkan punca kematian ibunya.
Kakak kepada Biduanita Puan Sri Saloma itu dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura.
Mariani adalah antara Seniwati terkenal dan berjaya ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas di Singapura.
Sepanjang kariernya yang bermula pada tahun 1952 sehingga kini Mariani pernah membintangi ratisan filem dan drama yang diantaranya seperti Istana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi, Tiga Abdul dan Masam-Masam Manis.

“Saya bagi pihak wartawan portal The Sabah Insider Kuala Lumpur mengucapkan salam takziah buat
keluarga Melissa agar bersabar menerima
dugaan Allah dan semoga rohnya dicucuri rahmat Al-Fatihah…Amin
No comments:
Post a Comment