Wednesday December 30.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
PENANGGALAN....Suka dengan perempuan bersalin kerana ia akan makan tembuni.
CERIITA pasal hantu orang kurang yakin maklumlah di zaman ICT-IT mana ada
hantu itulah tanggapan seseorang yang tidak mempercayai adannya hantu walaupun
pada hakikat sebenarnya memang ada hantu.
Bal-balan (balan-balan)
tidak sama dengan penanggalan yang disebut bal-balan ia kalau terbang ke
awang-awang sepenuh tubuh badannya dibawa terbang tetapi penanggalan
kalau terbang kepalanya bersama-sama anak perutnya yang terburai copot
keluar daripada tubuh badannya.
Peranan dan tugas-tugas bal-balan dan penanggalan serupa saja
sukan makan mayat ambil anak perutnya suka hisab darah paling dia suka perempuan bersalin selain di makan baby ia juga suka makan
tembuni itu adalah kegemarannya.
Saya ringkas saja cerita bal-balan dan penanggalan ini di
mana sarangnya ialah di Batu Putih dan Sungai Korek Batu 7 Jalan Airport.
Dua Kampung ini memang terkenal sebagai sarang dan lubuk
penanggalan dan bal-balan sebab ramai suku Kagayan tinggal di situ.
Pantang larang jangan sesekali kalau diwaktu malam menyebut
bal-balan atau penanggalan berbahaya
kepada manusia yang menyebut nama itu mereka
sebut saja orang atas.
Kalau malam kelihatan penanggalan berterbangan di awang-awang
seperti api dan tahi bintang itu adalah penanggalan kalau bal-balan tidak
kelihatan.
Bal-balan dan penanggalan dia bukan hantu cuma orang yang
mempunyai pegangan ilmu hitam kalau mati memang susah hendak keluar dari badan
seseorang itu yang mempunyai ilmu hitam kecuali bila orang itu nak mati
terpaksa ilmunya diturunkan kepada anak-anaknya
ini sudah menjadi kewajiban
Cerita tentang bal-balan atau penanggalan bukan cerita dongen
tetapi ada kebenarannya bal-balan dan penanggalan memang wujud sekarang sebab orang jadi-jadian sama
juga seperti Perakang kebanyakan yang memegang ilmu ini adalah suku Bugis,
sementara Toyol pula ramai di kalangan suku Jawa yang membelanya suku Kagayan
terkenal dengan peliharannya Penangalan dan Balan-Balan.
No comments:
Post a Comment