Friday December 04.2015
OLEH: CHARLES P ANDIANG
KITA sering mendengar laungan
pemimpin-pemimpin kerajaan Persekutuan
bahawa Negeri Sabah yang turut ditakbir oleh kerajaan Barisan Nasional
(BN) Sabah telah berjaya dalam sasaran
aurs perdana pembangunan infrastrutur
yang pesat sama ada di kawasan Bandar mahupun diluar Bandar.
Bercakap tentang pembangunan infrastruktur memang tidak boleh
dinafikan kalau di kawasan Bandar memang pesat membangun yang kita ingin
membicarakan soal kemudahan-kemudahan asas di beberapa kawasan perkampungan di
pedalaman.
Para penduduknya sudahlah tidak mendapat bekalan air bersih, bekalan
lektrik dan jalan raya yang tidak sempurna untuk kemudahan ulang alik mereka
pergi kesekolah dan mengangkut segala hasil
masul tanaman mereka untuk dipasarkan.
Lihat saja di kawasan
Pitas kebanyakan jalan-jalan di beberapa kampung 97 peratus
semuanya bicak (berlumpur) sukar untuk dilalui oleh kenderaan lain kecuali
kereta pacuan 4 rodapun kepayayan.
Adakah masalah ini disedari oleh wakil rakyat yang berkenaan
apa kah langkah-langkah untuk menaik taraf jalan-jalan tersebut. adakah
dibiarkan begitu saja untuk menambahkan kesengsaraan rakyat diluar Bandar.
Pesanan hanya rakyat Sabah khususnya masyarakat Kadazan- Dusun dan Murut harus buka mata jangan kerana sebuah tangki biru beras nasional 10kg duit RM200,00 anda buta hati terus memberikan undi kepada calun-calun BN yang bertanding RM200. sampai kemana junlah duit itu lima tahun menunggu.
No comments:
Post a Comment