SEBATIK MALAYSIA PALING MUNDUR BERBANDING PULAU SEBALIK INDONESIA BANYAK KEMAJUAN

Wednesday December 09.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

PADA bulan April  2013 semasa pilihanraya umum ke 13 (PRU13) saya bersama calun daripada parti Star iaitu Datuk Mohd Jeffry Rosman yang bertanding di kawasan Parlimen Kalabakan.

Kami satu rombongan calun Star menaiki bot laju menuju ke Pulau Sebatik untuk berkempen membantu calun Star buat liputan di media Portal Sabahkini.  sampai kami ke beberapa buah kampung dalam kepulauan  Sebatik yang penduduknya terdiri dari suku Bajau, Bugis dan Tidung.

Rombongan kami sempat menemui beberapa penduduk di perkampungan pulau itu dilihat dari segi tahap  penghidupan  seharian mereka kebanyakannya nelayan kecil-kecilan sebagai sumber mata pencarian mereka.

Soal pembangunan dan kemudahan asas  di Pulau Sebatik sungguh menyedihkan pertama tiada beka;lan air bersih kedua tiada bekalan lektrik sebagai kemudahan penduduk tempatan situ.

Pulau Sebatik ia terbahagi dua  kawasan persempadanan sungai, Sebatik di bawah pemerintahan kerajaan  Indonesia  mendapat kemajuan dari aspek pembangunan asas cukup serba serbi.
 

Sementara Sebatik dibawah pemerintahan kerajaan Malaysia amat mundur sekali sedangkan bekalan elektrik penduduk Sebatik Malaysia menyambung dengan Sebatik Indonesia.

No comments:

Post a Comment