NOOR FARIDAH ..... MEMPELAWA KAUM REMAJA ISLAM SUPAYA BERZINA TIDAK BERDOSA SUKA-MASA SUKA

Thursday December 10.2015

OLEH: ISMAILY BUNGSU

ke zaman binatang
( usaha membaca sebalik kata-kata)

AYUH BERZINA.....Faridah jemput remaja Islam berzina tidak berdosa suka sama suka
TIBA-tiba saja hutan segala penjuru riuh rendah kesan segala beruk, siamang, tupai, beruang ambok dan segalanya terkejut bila mana seorang faridah menyatakan yang ia memang bebas berzina bersilih ganti dengan lelaki masa remajanya dan budaya itu menjadi warisan kepada ke tiga-tiga anak-anaknya.
 
Beruk, urang utan, segala ular pening kepala memikirkan kenyataan itu dan dia tambah lagi agar sesiapa saja yang punya pasangan sila saja berzina dengan sesiapapun ia suka dan tidak perlu takut jakim dan katanya jakim tidak ada hak dan sekaligus kerajaan yang namanya malaysia ini tidak benar dan secara tidak langsung jua dia menentang undang-undang khalawat di malaysia ini.
dialah pelopor pahlawan!

Sayapun terdiam sebentar dan bertanya apakah itu fatwa baru di kala dunia ini mahu kiamat dan apa saja yang terjadi di sekitarku ini dan akhirnya aku sendiri tidak tahu dan tidak mengerti.

Katanya lagi soal khalwat di kalangan remaja islam teruskan saja dan tidak usah takut dan faridah akan pertahankan malah mengatakan undang-undan mahkamah syariah 1965 sudah tidak lagi relevan dan tidak boleh diguna pakai di mana-mana individu muslim yang berzina dengan pasangan masing-masing.

Menangkap yang berzina di rumah peribadi adalah jelas menyekat kebebasan hak asasi manusia katanya faridah dan barangkali tentu saja faridah mahu hidup kita ini seperti sekumpulan anjing-anjing liar yang bebas melakukan apa saja mahunya anjing-anjing itu.

Apakah kita mahu hidup seperti anjing di jalanan? memang saya tidak mengerti dan rasanya mereka yang namanya alim ulama terutama yang bertanggungjawab soal agama kena bangun dan bercakap membetulkan keadaan dan kelihatannya jakim harus segera sebab jakim kelihatannya memang lagi berkuasa banding raja-raja kita di Malaysia ini.

Mana sudah jakim dan menteri agama yang terkait dengan kasus zakat dan yapeim? kenapa mendiamkan diri dan bukankah negara kita ini namanya Islam Hadhari dan merupakan negara islam contoh dalam dunia?

Tidak mungkin kerajaan yang punya menteri dan ulama yang bijak pandai tidak bisa menundukkan seorang bernama Datuk Noor Faridah  Ariffin yang usaha menentang arus dan mengajak remaja melakukan zina dan mendiamkan diri itu jelas tindakan yang pengecut dan sekaligus mengiyakan kata-kata  seorang Faridah.

Memang saya berniat untuk memperkatakan hal ini secara panjang lebar tetapi saya bukanlah orangnya kala jahil dalam bidang ini tetapi sejahil-jahilnya kita ini namanya melawan hukum allah, apa lagi menyatakan secara bebas sepertinya faridah tentu saja tidak mungkin sekali.


No comments:

Post a Comment