Thursday December 31. 2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
RENTETAN dari cerita Bal-balan dan Penanggalan pernah terjadi di Kampung Inabah
Semporna sekitar tahun 1990 an di mana Penanggalan telah kesiangan dan terdampar.
Sebenarnya Bal-balan dan Penanggalan dia mula terbang sekitar jam
9.00 malam balik kerumah sebelum jam 4.00 subuh lepas azan Subuh mereka sudah
tidak bermaya di mana dia berada disitulah hingga kesiangan.
Berbalik kita cerita
Penanggalan di Semporna yang kesiangan itu
kepalanya dengan anak perutnya tersangkut pula diatas pagar berhampiran
dengan rumah orang.
Tiba-tiba penghuni rumah itu
terdengar jeritan macam orang kesakitan rupa-rupanya badan dan anak perutnya di
patuk oleh beberapa ekor ayam.
Menurut penduduk itu suara
jeritan itu meminta tolong (tolong jangan patuk sakit-sakit) sekali seorang penduduk itu mendekati suara itu dia terlihat seorang
perempuan cantik berambut panjang mengurai tetapi tiada badan hanya kelihatan
usus-usus dan anak perutnya saja.
Lantas dia memanggil anaknya suruh ambil cangkul dia
sudah tahu bahawa makluk itu adalah
penanggalan dia ambil penanggalan itu dia kubur hidup-hidup di sebelah
rumahnya.
Kisah arwak nenek perempuan
saya pada tahun 1962 sebelum berhijrah ke Sandakan ini berlaku di Kampung Jawa Lahad Datu.
Pada satu hari dekat mahgrib
datang seorang berbangsa Bajau menjual ikan merah murah saja harganya sekati
baru RM3.00 nenekku belilah ikan itu.
Sekali digoreng ikan
tersebut mula dari jam 6.00 pm hingga
jam 8.00 malam ikan itu tak pandai garing, maklumlah rumah kampung hanya
menggunakan lampu pom dan lampu lenter guna minyak tanah.
Hati nenek saya
tergerak sambil berkata kenapa ikan yang digoreng sudah hampir 2 jam tidak pandai
garing dia ambil sebiji limau purut
dibelah dua kemudian dipadamnya lampu lenter itu kemudian diperah limau itu diatas ikan itu apa akan
terjadi terhadap ikan itu,sekali
dipasangnya lampu semula tiba-tiba di kelihatan bahawa ikan itu bertukar jadi
jari-jari tangan dan lengan manusia
inilah ikan buatan bal-balan dan penanggalan.
Mulai dari hari itu kalau
ada orang datang menjual ikan mereka pergi ke dapur bakar daun bawang kering
kalau orang itu ada ilmu bal-balan maka dia tak berani dekat terus lari
(belusir).
Di Semporna dan di Lahad
Datu berhati-hati kalau membelikan kalau
isangnya cuma dua atau tiga itu menandakan bukan ikan sebenarnya
Pantang larang kalau
memancing ikan tolong jangan kira berapa sudah dapat ikan kalau dikira sampai
siang ikan tak matuk umpan habis saja kalau dapat seekor sampailah kepaginya.
Bal-balan dan penanggalan
pandai menyamar jadi bidan kononnya dia membantu orang beranak-bersalin awas
kalau diberi peluang habis anak bayi dimakan tembuninya hisap darah emak itu.
Suara kalau kita dengar
suara bal-balan jauh itu menandakan dia dekat rumah kita tetapi kalau bunyi kuat
)Kuek-Kuek) dia jauh pantangnya jangan suka mengambil daun pisang kalau
disebelah malam kerana bal-bal suka bersembunyi dicela-cela pokok pisang kalau
terjumpa mangsanya tiada peluang hidup lebih lama.
Itulah sebabnya kalau ada
orang mati di jaga diletakan cermin orang baru bersalin perempuan semua cela-cela dinding di pasang batang limau berduri.
Dibatu 10 Jalan Sungei
Batang dahulunya dikenali sebagai Kampung Bal-balan sebab ramai penduduknya
orang kagayan suka jadi-jadian memegang ilmu
hitam sekarang ditukar nama baru Kampung
Pampang adapun bal-balan cuma satu dua
orang saja orang masih mengamalkan ilmu hitam bal-balan atau penanggalan.
No comments:
Post a Comment