Saturday December 05.2015
OLEH:
PAPARAZEE
SEJAK
kebelakangan ini ramai di kalangan
ahli-ahli UMNO yang tidak sehaluan dengan Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak meramalkan seandainya Naib Presiden UMNO Datuk Mohd Shafie Hj Abdal di singkir
menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 8hb Disember ini UMNO akan menerima
padanya.
Jika penyingkiran
Shafie menjadi kenyataan maka ramai
ahli-ahli UMNO akan keluar beramai-ramai meninggalkan UMNO ikut jejak kemana
swaja hala tuju Shafie disitulah mereka singgah.
Semporna tetap jadi sasaran
pertama ahli-ahli UMNO keluar kawasan Sulabayan, Senalang dan Bugaya, Kunak,
Tungku dan Silam, Lahad Datu dan Tambisan ada lagi kawasan yang tak sempat
disebutkan ini kerusi UMNO bakal kosong dan akan menjadi milik PKR/Amanah pada
PRU14 nanti.
Sedangkan mantan Perdana
Menteri Tun Mahathir Mohamad awal-awal lagi meramalkan UMNO akan kecundang pada
PRU14 ditangan Pakatan Harapan sekiranya Najib terus mempertahankan jawatannya sebagai
Presiden UMNO dan Perdana Menteri walaupun mendapat desakan hebat di kalangan
5,000 ketua-ketua cawangan UMNO di lima negeri.
Sementara di Semenanjung
jika Tan Seri Muhyiddin Yassin turut dipecat pada Perhimpunan Agung UMNO ini
UMNO bakal menerima nasib yang sama seperti UMNO Semporna ini pasti.
Paling ketara sekali
masyarakat Cina India, Kadazan Dusun Murut, Dayak,Iban, Bidayu, Penan dan
Malanau terang-terang sudah mentah-mentah menolak Barisan Nasional (BN) kerana
mereka sudah jelak puimpinan Najib yang semakin hari semakin songsang.
SHAH
ALAM -Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan ahli dan
pemimpin Umno perlu menyedari hakikat tersebut dan BN akan kalah pada PRU14
akan datang jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus memimpin parti itu.
Beliau berkata, rakyat Malaysia didakwa sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib sebagai perdana menteri apabila banyak tuduhan yang dilemparkan gagal dijawab dengan baik.
“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.
"Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya, Chedet, hari ini.
Dr Mahathir juga berkata, ahli dan pemimpin Umno didakwa menunjukkan kesetiaannya kepada Najib secara membuta tuli.
“Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan negara saya terpaksa dedah semua ini.
“Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri,” ujarnya.
Katanya lagi, dasar pemerintahan yang diperkenalkan Najib juga hanya menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan mengetepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), semata-mata untuk meraih sokongan pengundi Cina.
“Namun, penolakan BN dalam PRU13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib,” katanya. POSTED BY SINARAN ONLINE

No comments:
Post a Comment