Tuesday December 22.2015
OLEH: ISMAILY BUNGSU
HARUS ditumbangkan terdapat ayat mengatakan
“aku tidak jadikan dikau penyair kerana penyair itu golongan yang sesat” kalau
sekadar membaca ayat berkenaan maka akan jelas ada ketidakadilan, tetapi kita
harus membaca ayat lain yang menjelaskan “ kecuali yang beriman”
Mengutip ayat separuh dan tidak menjelaskan
yang selebihnya maka akan beda maksudnya dan kerana itu kala menjelaskan
sesuatu perkara kena jelas keseluruhan ayat agar mudah difahami.
Demikian juga dijelaskan haram hukumnya
menjatuhkan kerajaan dan kalau sekadar ayat demikian memang saya setuju,
sebalik kalau kerajaan itu zalim dan jahat maka itu seharusnya kita jatuhkan
dengan serta merta sebab kepimpinan zalim dan berbohong itu bukan perintah
Allah dan semua agama juga melarang perbuatan zalim
Nabi pernah bersabda di akhir zaman akan ada
pemimpin yang suka sangat berbohong dan terus berbohong sedang rakyat/penyokong
tadi terus menyokong pemimpin berkenaan meski rakyat seluruhnya tahu yang
pemimpin itu berbohong dan zalim.
Jika demikian ada di sekitar kita di akhir
zaman yang menuju kiamat, maka rakyat yang tadi terus menyokong “ bukanlah umatku”
sabda Nabi dan kalau Nabi sendiri tidak akui umatnya, lalu apa
Jadinya?
Nabi bersabda lagi, baik pemimpin yang
berbohong dan rakyat yang menyokong tadi bukan saja Nabi tidak mengakui
umatnya, malah pemimpin dan rakyat banyak berkenaan tidak akan mendekati telaga
di syurga.
Fikir-fikirkanlah!
ULASAN EDITOR”
Sesebuah Kerajaan dan sesebuah parti itu
sebenarnya tidak zalim ia mengikut acuan kalau putih putihlah dia kalau hitam-hitamlah jadinya.
Kerana sesebuah kerajaan mahupun parti yang memerintah seperti UMNO
dan kerajaan BN jadi zalim kerana ditakbir oleh orang-orang zalim akhirnya
jadilah kerajaan zalim.
KAMI....tidak bencikan UMNO dan Kerajaan BN kami bencikan pemimpin yang zalim Najib dan sekutunya yang menjadikan kerajaan zalim kata Ketua Cawangan Gombak
Seperti kereta berlakunya kemalangan
menyebabkan kematian di jalan raya jangan salahkan kereta ia kalau tidak
dipandu oleh pemandu (driver) yang jahil yang tidak bertanggungjawab makanya
tidak jadi satu kemalangan.
UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN)
sebenarnya bagus juga walaupun saya tidak pernah menyertai parti UMNO banyak
pembangunan yang dicapai yang telah dikecapi oleh rakyat jelata.
Cuma UMNO dan kerajaan di bawah pimpinan Najib dan kuncu-kuncu yang sekepala
dengannya menjadi kerajaan BN/UMNO tidak disukai oleh kaum-kaum yang di di Negara ini
seperti Cina-India, Kadazan-Murut-Dusun-Dayak-Iban-Bidayu-Melanau dan
Penan kerana sebahagian pemimpinya terlibat dalam pelbagai skendal seperti 1MDB
dan RM2.6 Billion yang kini masih lagi menjadi teka-teki lagi.
Kita perhatikan sebelum Perhimpunan Agung
UMNO (PAU) ramai di kalangan ketua-ketua cawanga UMNO yang melibatkan 5 negeri
mendesak supaya Najib berundur daripada Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO.
Sesudah PAU pula ada lagi Ketua cawangan
Gombak ini kes terbaru mendesak Najib supaya berundur.
Ini jelas menampakan bahawa ahli-ahli UMNO
sendiri tidak menyukai Najib terus memimpin kerajaan Malaysia khusus menjadi
Presiden UMNO dan Perdana Menteri mereka berani bersuara kerana ingin menegakan
kebenaran mereka takut dicap sebagai bersekongkol dengan perbuatan sumbang dan
songsang para pemimpin UMNO yang terlibat dalam pelbagai perkara negative.
Pada kesimpulan bahawa parti UMNO dan
Kerajaan BN tidak zalim kalau tiada pemimpin yang menzalimi kerajaan BN sendiri
No comments:
Post a Comment